Azam 2017

Teks : Anys Idayu Zakaria

Sebenarnya cemburu juga tengok rakan usahawan fb yang sempat hadiri pelbagai seminar bisnes sana sini bila hujung minggu. Saya juga masih di sini  (UTM) menghabiskan pengajian.

Zaman sekarang sebenarnya tak jadi masalah nak timba ilmu, online pun sudah boleh hadiri kelas. Cumanya nak realisasikan networking alam maya ke realiti. Dapat jumpa dengan sifu bisnes yang hebat, usahawan hebat nak kutip pengalaman mereka.

Tak mengapalah cemburu yang memberi perangsang.  Azam 2017, bila habis pengajian, hujung minggu kita boleh pergi serap ilmu bisnes pula. Doakan moga tercapai azam saya ye.

Aiz
Pencinta ilmu.

Comments

Popular Posts