Musim Hujan Tiba

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah syukur jumaat kembali lagi.  Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan seharian kita. Jangan lupa ya, Al Kahfi seround pagi ini. Moga-moga Allah memberkatinya.

Musim tengkujuh sudah mari orang kata. Hehe. Petang semalam hujan selebatnya di Bandar JB. Syukur saya keluar ketika betul-betul nak hujan dan dapat melepasi kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air. Banjir kilat memang selalu berlaku di sini kalau hujan lebat turun. Yang tak sanggupnya nak meredah air banjir dan jem. Kadang tu pernah beberapa kali tersangkut jem gara-gara banjir kilat macam ni, hampir jam 8malam baru sampai rumah. Letih atas jalan je.

Apapun bersyukurlah dengan nikmat Allah. Hujan juga rahmat yang sangat bernilai.

😁😁 #catatanharian #anysidayuzakaria

Comments

Popular Posts