Keputusan Peperiksaan 2016
Teks : Anys Idayu Zakaria
Tahniah pada semua anak-anak yang ambil result UPSR pagi tadi. Apa
pun keputusannya terimalah dengan hati gembira dan penuh kesyukuran.
Jangan risau, Insya Allah tahun depan masuk Tingkatan 1.
Terkenang tahun 1996, masa saya ambil keputusan menangis teresak-resak tefon abah nak bagitau dapat berapa A. Walhal keputusan boleh dikatakan dalam kategori cemerlang, tapi oleh kerana kecewa tak dapat keputusan seperti yang diharapkan menangis-nangis la jugakan. Apapun syukur sangat.
Apapun syukur dan tahniah pada kita semua yang telah berjaya melalui alam persekolahan, alam peperiksaan. Rasanya alam peperiksaan peringkat universiti lebih seronok dilalui berbanding zaman persekolahan. Kalau kita di universiti, bila nak periksa pensyarah dengan senang hati bagi soalan yang dijangka keluar. Kita pelajar hanya perlu fokus pada tajuk dan topik yang akan dijawab. Rasa lebih lega dan tenang sikit bila nak menjawab soalan, tak ada la bersusah payah nak kena baca semua buku.
Kalau anak-anak di sekolah sekarang mana ada macam tu. Cikgu siap tak bagi tahu lagi apa yang keluar. Kita ibu bapa di rumah ni la yang bertungkus lumus cari soalan sana sini nak bagi anak buat latihan. Rasa kesian dengan anak-anak, tekanan mereka.
Apapun itulah yang perlu dilalui mereka. Bertungkus lumus sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah. Bila dah masuk peringkat universiti peperiksaan lebih santai.
Aiz
UPSR 1996. 3A 1B
UPSR 1996. 3A 1B
Comments
Post a Comment