Jom berkenalan

Assalamualaikum, hai selamat petang semua. Saya Anys Idayu Zakaria, boleh panggil saya AIZ, atau anies.

Saya aktif menggunakan blog dan juga FB sebagai medium untuk saya berkongsi TIP MULA BISNES ONLINE, bagi mereka yang betul-betul zero basic bisnes, yang nak belajar berbisnes di facebook.

Saya juga merupakan AGEN GROUP SUPPORT LIKE (GSL), yang mana GSL merupakan kelas untuk kita belajar branding di fb, dan belajar bagaimana menggunakan fb dengan cara yang lebih betul untuk membina networking dan juga memperkenalkan bisnes kita.

Saya salah seorang guru online blog di Akademi bekerja Di Rumah, yang membantu mereka yang nak belajar menggunakan blog sebagai medium pemasaran online dan perkongsian. Blog merupakan salah satu cara untuk kita perkenalkan siapa kita, dan apa bisnes kita. Secara tak langsung, apabila google mudah menjejak blog kita, mudah juga pembaca untuk jumpa apa yang kita kongsi di blog.

2 medium ini saya gunakan sejak mula saya berbisnes hingga kita. Alhamdulillah berkat konsisten, sentiasa belajar memperbaiki dan tambah ilmu keduanya mampu menjana pendapatan, walaupun percuma. Ini yang kita mahukan, gunakan dulu yang percuma sebelum yang berbayar.

Bagi yang mahu dapatkan tip, konsultasi untuk mula bisnes dengan kedua medium ini, boleh hubungi saya di WA 0177912993, saya sedia membantu.

Comments

Popular Posts