Tuesday, 25 October 2016

Kebakaran di HSA, JB

Teks : Anys Idayu Zakaria

Allahuakbar, hari ini bumi Johor Bahru diuji Allah. Salam takziah untuk semua mangsa, keluarga dan mereka yang berada di Hospital Sultanah Aminah. Kita doakan yang baik-baik, dan semoga Allah permudahkan usaha menyelamatkan mangsa dan pesakit, serta usaha pihak berwajib yang bertungkus lumus menguruskan semua aspek dalam kebakaran yang menimpa pagi tadi.

Lewat petang, hujan turun mencurah-curah, kilat sabung menyabung, langit dan bumi umpama menangisi kejadian yang berlaku di JB.

Ya Allah beri kami kekuatan menempuh ujian kehidupan, beri kami kesabaran mengharungi keperitan, semoga kami sentiasa mendapat rahmah dan kasih sayangMu. Semoga yang baik-baik aja mengiringi perjalanan hidup kita.