Blog Membantu Prospek Mengenal Kita Lebih Rapat



Bismillah..
Selamat petang sahabat positif Cik Mid.
Subhanallah.. tak tau lagu mana nak ucap terima kasih kepada semua 69,763 pengunjung blog jahitan Cik Mid ni. Allahu.. terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat blog Cik Mid ni. Doakan Cik Mid akan terus menulis topik-topik bermanfaat untuk anda semua.

Bagi Cik Mid, blog sangat membantu prospek mengenal kita dengan lebih cepat dan menyeluruh. Kebanyakan pelanggan Cik Mid adalah dari pembaca blog Cik Mid dan seterusnya menjadi rakan fb. Kalau anda nak tahu cara menulis blog dengan betul, carilah mentor seperti Cikgu saya ni Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.😊 
#gslmatdik
#midzcouturejualsongketsarawak


Alhamdulillah ini salah satu perkongsian Pn Hamidah Burham yang merupakan salah seoarng belajar Blog Penulisan ABDR di bawah kendalian saya. Beliau memang sangat-sangat konsisten menulis apa sahaja aktiviti harian dan aktiviti bisnes beliau di blog, jadi inilah hasil yang beliau sendiri dapat nikmatinya.


Ini juga salah satu kenapa pentingnya perkongsian dan penulisan di blog. Mereka yang mencari orang-orang berkemahiran dan berkepakaran seperti ni lebih suka intai-intai di blog, kerana mereka tahu lebih banyak info dan maklumat yang akan diperolehi, berbanding jika cari dan intai di FB.

Moga beri semangat untuk kalian yang mahu belajar berblog. 😍😍

Untuk yang berminat sertai KELAS BLOG ABDR, boleh hubungi saya 017-7912993 (Anies)

 #teamabdr #kelasblogabdr #janapendapatandenganblog

Comments

Popular Posts