TIP KEKAL POSITIF, WALAUPUN SERABUT DENGAN MASALAH
Teks : Anys Idayu Zakaria
Ramai yang pm personal tanya apa tip untuk saya terus kekal
positif setiap masa, macam tak ada masalah langsung. Selagi mana kita bergelar
manusia, sememangnya masalah sentiasa ada. Taka da masalah, pun bermasalah juga
tu :) Antara tips yang saya amalkan
1. Jangan beratkan masalah remeh hingga mengganggu urusan seharian.
2. Jangan dengar lagu-lagu syahdu mengusik jiwa mengores hati yang mengingatkan kita tentang masalah tersebut. Dengar, confirm meleleh air matakan, kalau dah meleleh air mata tu, jawapannya kita memang asyik teringat konflik tersebut.
3. Jangan baca novel-novel cinta cintun yang merobek hati kita. Simpan dulu koleksi jika ada. Saya ada satu almari novel cinta cintun dan melambak lagi novel tak baca gara-gara tak nak fikir masalah yang ada. Nanti dah ok sikit baru kita mula semula hobi tersebut.
4. Banyakkan baca buku-buku motivasi, ayat atau kata-kata semangat daripada mereka yang kita anggap boleh membantu menyelesaikan masalah kita. Contoh, saya suka follow Pn Suzzana Ghazali. Perkongsian beliau, banyak membantu saya untuk terus bangkit. simpan koleksi jawapan masalah yang hampir sama dengan masalah kita supaya bila down kita dapat baca semula kata-kata semangat itu.
5. Mengadu dengan mereka yang kita anggap pakar dan boleh selesaikan masalah. Jangan duduk sana cerita dengan orang lain, duduk sini cerita dengan orang lain, sampai satu dunia tahu masalah kita.
Cukup 5 tip dulu ya, dan yang paling penting dan utama antara kelima tips ini memang tak disenaraikan kerana ianya wajib dilakukan mengadulah dengan Allah swt. Menangis sepuasnya ketika kita minta sesuatu dengan Dia. Insya Allah kelegaan akan datang dengan sendirinya.
Ok nanti kongsi lagi ;)
Comments
Post a Comment