Dengan Sedekah Allah Permudahkan Urusan
Teks : Anys Idayu Zakaria
Ingat lagi tak posting sebelum ni di status FB, saya janji nak tulis kisah bagaimana dengan niat sahaja, Allah mempermudahkan urusan kita. kisahnya begini
"Minggu sudah, saya sibuk dengan urusan mencari penyewa rumah. Kalau boleh memang niat hati ni nak cepat-cepat ada penyewa sebabnya saya perlu kembalikan semula duit abah yang telah digunakan untuk memperbaiki beberapa keperluan yang rosak di rumah tersebut. Kebetulan pula memang abah dah bagitau, dapat sahaja duit tersebut, beliau nak pergi daftar untuk buat umrah awal tahun depan. Hati ni memang dah tak keruan, mohon doa moga Allah datangkan penyewa yang baik-baik dan yang mudah berurusan.
Hari Rabu malam, saya berniat, keesokkan harinya saya nak sedekah kuih di Masjid untuk berikan kepada jemaah yang buat bacaan yassin di sana. Pagi khamis tu saya hanya maklumkan sahaja pada abah melalui whatspp minta tolong bawakan kuih muih yang ditempah ke masjid, kerana sebelum ke tempat kerja hampir terlupa nak maklumkan dulu. Sementara tunggu abah kata ok, saya teruskan kerja seperti biasa. Tepat jam 11 pagi, adik whatspp bagitau ada orang call nak tengok rumah. belum sempat saya reply whatspp adik, abah pun jawab whatspp saya bersetuju untuk bawakan makanan tersebut ke masjid.
Allahu, lepas baca kedua-dua message, terdiam seketika. Baiknya Allah nikmat apa lagi yang nak didustakan, baru hanya berniat, Allah sudah permudahkan urusan. Bertalu-talu juga panggilan masuk bertanyakan rumah tersebut. Alhamdulillah, terima kasih Allah datangkan penyewa yang baik Insya Allah, mudah berurusan. Hampir selesai urusan rumah tersebut. Rezeki untuk anak-anak.
Ma abah, adik-adik semua pesan, insya Allah ada rezeki untuk saya dan anak-anak walaupun saya seorang diri mencari rezeki nak besarkan mereka. Rezeki lebih berkat mengalir, Allah dah janji, jangan berhenti berdoa dan usaha, redha dengan ujian. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang hati tak kuat juga tempuh ujian, tapi Allah sentiasa permudahkan apa juga urusan.
Sebenarnya saya nak kongsi, bagi kalian yang masih ragu-ragu untuk bersedekah, cubalah latih dulu diri. Sedikit pun tak mengapa, janji buat setiap hari, konsisten dan istiqomah. Niat kerana Allah swt, insya Allah pelan-pelan kita sendiri rasa kurang selesa bila sehari tak memberi. Berilah apa sahaja, tak semestinya wang ringgit. Mungkin tenaga, ilmu, pertolongan apa sahaja yang membantu memudahkan urusan orang lain.
Kita bantu mudahkan urusan orang lain, Allah bantu berganda-ganda mudahkan urusan kita. Insya Allah. Bagi yang mencari-cari peluang untuk bersedekah, saya nak ajak semua untuk sertai projek INFAQ SEDEKAH SECARA ISTIQOMAH setiap bulan bersama BADAN NGO AMAL TILL JANNAH, boleh rujuk link ini ye http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.my/2016/08/amall-till-jannah.html
Comments
Post a Comment