Carilah Ilmu Sebanyaknya

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Beberapa hari lepas salah seorang pelajar blog whatspp bagitau "cikgu, terkejut saya ni tiba-tiba ada orang nak upah saya buat blog. Saya tak pernah pun buat iklan amik upah blog. Baru je belajar ni".

Tahniah untuk pelajar tersebut. Nampak tak beliau dah mula membina satu kemahiran baru, dan boleh mula mendatangkan hasil jika dijadikan sebagai salah satu cara menambah pendapatan. Sebab itu la kalau orang tanya saya nak upah blog dan belajar mana lagi bagus. Memang cepat-cepat saya akan jawab belajar lebih baik, yuran memang agak mahal tapi berbaloi-baloi kerana kita sendiri dapat ilmu tersebut, dan boleh aplikasikannya.

Saya memang tak galakkan kalian yang baru-baru nak belajar berbisnes untuk upah blog, bukannya apa. Sebelum ini memang ramai juga yang datang pada saya minta edit blog yang dah diupah, sebabnya tak tahu nak guna dan masuk layout-layout lain. Nampak tak dah membazir di situ, dari segi wang ringgit tapi ilmu kita tak dapat. Jika belajar, sekurangnya kita dapat ilmu tersebut, dan sekurangnya kita masih ada tempat untuk bertanya jika ada yang musykil kan. 

Kata kuncinya Aiz nak kongsi carilah ilmu, bila ada ilmu yang dimanfaatkan, insya Allah peluang untuk tambah rezeki pasti Allah sentiasa lorongkan. 

Alhamdulillah kami masih buka pendaftaran kelas online blog September. Berbaki 8 tempat kosong sahaja lagi untuk kelas online, dan 24 September ini akan ada kelas di Melaka tau, jom yang berdekatan boleh join. 



#anysidayuzakaria #kelasonlineblogabdr #mulabisnesonline#agengroupsupportlike

Comments

Popular Posts