Tip Positif Walaupun Hadapi Masalah

Teks : Anys Idayu Zakaria

Maaf kepada yang ternanti-nanti tips ni. Almaklum weekend hari yang sangat super busy. Tips ini Aiz share mengikut pengalaman sendiri. Bagi yang rasa bermanfaat boleh sama-sama kita amalkan dan share bersama.

1. Saya tak pernah jadikan masalah sebagai halangan utama untuk berdiam diri, rasa down atau rasa tersisih. Jadikan MASALAH faktor utama untuk terus maju ke depan.

2. Jadikan masalah untuk kita terus kuat melangkah. Saya selalu semat dalam hati, ada lagi orang lain punya masalah lebih hebat dan dashyat berbanding diri saya yang hanya baru sikit-sikit Allah uji.

Bersyukur setiap masa. Bila kita ada masalah kewangan, bersyukur sekurangnya anak-anak masih sihat. Kita masih lagi dapat beli keperluan makann. Saya sangat bersyukur, walaupun ada masalah dengan pasangan sebelum ni, sekurangnya ujian tersebut saya seorang yang menanggungnya, tanpa melibatkan kesihatan anak-anak atau lain-lain. Saya sendiri masih diberi kekuatan untuk bekerja dan menjalankan bisnes.

3. Kerana masalah itu menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Menjadikan saya kuat untuk menghadapinya. Connection dengan Allah kena jaga. Tahajud, jangan tinggal. Dhuha buat setiap hari. Jika sebelum ni mula-mula saya buat 2, up pada 4, 8. Baca Al quran setiap hari jangan miss. Awal pagi lepas tahajud, dan solat sunat yang lain baca sekurangnya 2muka surat. Dan lepas maghrib sementara menanti isyak. Sedekah setiap hari jangan miss. Buat tak kesah banyak atau sikit. Saya latih dan paksa diri.

4. Tak perlu mengadu atau bercerita dengan orang lain. Cara saya untuk kurangkan tekanan memang saya mengadu direct dengan Allah. Saya akui tak pernah sekali orang dapat kesan masalah yang saya hadapi, sebabnya saya tidak pernah bercerita dan tidak pernah menangis dan bersedih depan orang. Tipu sangat kalau saya tak menangis. Saya akui, memang saya sedih dan menangis. Tapi saya menangis depan Allah. Bila mengadu sungguh-sungguh saya menangis dan bercerita. Saya minta apa yang saya nak. Apa harapan saya, apa jalan penyelesaian yang perlu saya ambil. Solat istiqorah dan hajat.

5. Bila keluar dari rumah, saya tinggalkan masalah tersebut. Saya tak pernah semakkan kepala saya dengan apa yang saya sedang tanggung. Masa buat kerja, buat bisnes tak pernah sikit pun saya fikir masalah tu. Tak payah sibuk-sibuk nak cari jalan penyelesaian bila kita tengah buat sesuatu perkara lain yang tak melibatkan masalah tu. Lupakan je dulu sekejap. Let it goo.

Memang orang akan kata payah. Kalau lupakan macam mana nak selesai. Pada saya lebih payah kalau asyik fikir masalah yang belum jumpa jalan penyelesaian. Duk fikir setiap masa, then kerja lain kita tak boleh buat. Duk fikir kat tempat kerja memang habis terbengkalai la kerja. Dok fikir 24jam masalah tu, jawabnya kerja, bisnes, anak-anak memang akan terbiar la pulak jadinya.

6. Buat sesuatu yang kita suka buat. Macam saya suka online. Bila saya online selain memang untuk bisnes, saya akan happy dan tersenyum bila baca status-status rakan, bila baca sesuatu yang lucu dan kelakar. Saya suka baca buku. Jadi saya mula tukar corak pembacaan saya pada buku-buku yang memberi motivasi dan semangat.

7. Jangan buat sesuatu yang akan mengingatkan kita pada masalah tersebut. Kalau dulu saya suka baca novel. Bila baca novel gambaran kisahnya semua yang indah-indah. Jadi bila baca novel mesti rasa macam down. Kenapa aku tak boleh ada apa yang orang lain ada. So, saya mula tukar. Saya tinggalkan novel-novel supaya ia tak mengingatkan saya tentang kehidupan dan kisah-kisah novel yang digambarkan best tu.

Makkk aii melambak lagi tau novel yang saya tak sempat baca. Insya Allah akan kusentuh juga kau novel. Sabar-sabar. Belum masanya lagi sekarang ni. 😀

8. Teruskan kehidupan seperti biasa, sambil kita fikir jalan penyelesaian. Berdoa semoga Allah hadirkan bantuan dan jalan penyelesaian yang terbaik. Berdoa banyak-banyak supaya Allah sentiasa bagi kekuatan untuk kita menghadapinya.

Hadapi dengan tenang, jangan bawa masalah ke tempat lain. Kalau rasa nak cerita, ceritalah dengan mereka yang betul-betul boleh bantu. Lambat atau cepat, hanya Allah yang menentukannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian yang Allah bagi pada kita.

#anysidayuzakaria #agengroupsupportlike #kelasonlineblog

Comments

Popular Posts