Redha Dan Restu Ibu bapa

Teks : Anys Idayu Zakaria

Bila berkongsi kisah ibu bapa ada sesuatu yang saya rasa tersentuh hati. Sejak dulu sampai sekarang impian saya hanya untuk beri kesenangan kepada kedua ibu bapa. Nak bagi ma dan abah tengok saya gembira dan suka dengan pencapaian saya. Saya tahu, mereka memang sentiasa bangga dengan saya.

Tapi atas satu kesilapan dan terlalu ikut darah muda saya telah mengguris hati dan perasaan mereka. Betul kata orang bila sesuatu yang kita lakukan tanpa restu dan redha orang tua kita akan rasa semuanya tak menjadi. Itulah yang saya lalui. Banyak kesilapan dan kegagalan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Ya Allah ampunkanlah aku, ampunkanlah dosa-dosa aku pada mereka. Mereka tetap hadir ketika aku dalam kesusahan. Aku banyak membuang masa mengabaikan mereka dan menguris hati mereka. Bila tersedar dari kesilapan tersebut, saya mula mencari apa sebenar yang saya mahu dalam hidup ini. Hanya 2 perkara, MENCARI REDHA ALLAH DAN REDHA KEDUA IBU BAPA. Setiap hari dalam solat, itulah permintaanku. Aku mengharap redha mereka, dan nak berbakti untuk mereka selagi mereka masih ada. 

Alhamdulillah Allah buka jalan, dan Allah permudahkan. Terimaksih Ya Allah Engkau makbulkan permintaanku. Semoga Engkau sentiasa rahmati kedua ibu bapaku, Engkau panjangkanlah usia mereka untuk aku terus berbakti pada mereka. Engkau hadirkanlah senyuman untuk mereka kini bila melihat aku gembira dan bahagia. Aku mencari redha dan restu mereka Ya Allah.

Comments

Popular Posts