Permudahkan Urusan Orang lain, Allah permudahkan Urusan kita

Teks : Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum selamat pagi sahabat hebat. ☺ Semoga setiap hari kita sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari semalam. Jadikan semalam sebagai pengajaran dan pengalaman untuk meneruskan kehidupan hari ini.
Semoga Setiap usaha kita permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan usaha kita. Kisah berlaku semalam, bila ada sahaja perbualan dengan "dia" pasti aku agak stress. Sebenarnya semalam dia minta pertolongan aku. Tapi aku agak keberatan untuk bantu kerana tak nak peristiwa-peristiwa lalu terjadi lagi. Mulalah rasa nak marah, emosi pun condong sikit hhehe. Tapi bila dah letak phone, aku tarik nafas, fikir semula, aku perbetulkan niat aku bantu dia untuk mudahkan urusan dia, dan semoga Allah permudahkan urusan aku pula. Bukan kerana masih ada perasaan sayang. Dan bila aku buat persetujuan untuk bantu dia, tak sampai sejam Allah hadirkan berita gembira untuk aku.

Ya Allah..terima kasih Allah. Dengan niat baik aku ini semoga Engkau balas yang baik-baik sahaja untuk kehidupan aku dan anak-anak.  Aku kongsi di sini berita gembira untuk kalian hehhe.

As salam Anys,
!st if all akak nak bgtau lah,akak ni salah sorg follower anys yg sukaaaaaa sgt entri2 anys kat blog.
Akak mohon copy paste mana2 yg boleh dikongsi bersama dgn yg lain. Kak Noor Abdullah.

Allah, rupanya ada follower blog yang selalu baca apa yang aku share. Sungguh terharu sangat. Suka gembira. Hehhe terimaksih kaknoor kerana sudi baca setiap perkongsian saya di sini. Kalian yang nak dapatkan coklat vigory dan udang galah segar-segar boleh hubungi Kak Noor tau, saya confirm kak Noor pasti boleh bantu u alls


Satu lagi berita gembira, Badan Amal Till Jannah sebuah badan kebajikan untuk kita membina jambatan di akhirat, telah memilih aku sebagai WAKIL @ADMIN NEGERI JOHOR. allahu sungguh terharu. Berat amanah ini tapi aku mesti cuba bersungguh-sungguh buat dengan baik semoga lebih ramai yang dapat sertai ATJ.

Alhamdulillah alhamdulillah, bila kita niat untuk mudahkan orang lain, Allah permudahkan pula perjalanan hidup kita. Bukan hanya setakat melalui wang ringgit, mungkin melalui berita gembira, kebahagiaan dan juga apa sahaja nikmat dari Allah untuk kita syukuri.

#anysidayuzakaria #agengroupsupportlike #kelasonlineblogabdr

Comments

Popular Posts