Kedai Pemborong Makanan Ringan Johor Bahru

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah selamat petang pembaca budiman. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Wahh lama rasanya tak menulis dan berkongsi.  Harini saya nak kongsi betapa pentingnya carian di google. Al kisah sebenarnya saya sedang mencari keperluan goodies untuk perkahwinan adik. Kalut-kalut Ma dan abah rasa macam tak cukup, jadi kira-kiranya kena buat tambahan lagi la ni.  Oleh kerana yang sedia ada kami beli di Ayer Hitam, Batu Pahat, jadi saya rasa tak berbaloi pula nak ke sana lagi.  Kami pun mencadangkan kita buat tambahan makanan ringan. 

Jenuh juga saya mengoogle di carian internet dengan kata kunci ''KEDAI PEMBORONG MAKANAN RINGAN JOHOR BAHRU". Alhamdulillah memang jumpa. Ada rupanya. hehehhe. Jenuh saya baca peta yang ada di blog tersebut. Dan dengan gigihnya saya keluar la tengah hari tadi untuk beli beberapa barang keperluan. Tawakkal sahaja sebab main baca je peta yang ada, harap-harapnya betul la. 

Lokasi kedai tersebut di sekitar angsana sahaja. Bagi pembaca yang mahu kesana, jika dari arah Bandar perlu naik ke flatover untuk ke angsana. Traffic light sebelum masuk lorong kanan antara Angsana dan LHDN, ada satu lorong di sebelah kiri. Masuk lorong tersebut. Jalan terus sahaja, kedainya di sebelah kiri pagar kuning. kedai terletak di hampir penghujung jalan. Jika kalian masuk dari arah bertentangan, cari jalan JALAN MUTHUTHAMBI. Berdekatan dengan Signboard Kelas Memandu. 

Wahh saya memang teruja betul. Macam-macam makanan ringan, air kotak, air tin, air mineral, beg-beg goddies ada dijual di situ. Murah-murah juga la. Air kotak sekarton 24 kotak RM16.50 (masuk GST).  Makanan ringan juga memang murah-murah, antaranya sebundle jajan plastik kecil ada dalam 80pcs dan 30pcs semua harganya tak sampai RM10. Beg goddies saiz 7x10 RM15 (200pcs). Beg goddies ada bermacam-macam saiz dan jenis. Pilih sahaja heheh. Tapi yang jenis plastik bukan kain.

Maaf sesangat saya tak sempat nak ambil gambar sebenarnya. Duk kalut-kalut kejar masa sebelum jam 2. Almaklum keluar time lunch hour. heheheh.  Kalau ada yang nak lihat gambar-gambar, boleh singgah di blog ini ya http://ninimohd.blogspot.my/2012/05/beli-jajan-harga-kilang.html .  Info tentang kedai ni pun saya dapat jejak daripada blog beliau. 


Amacam, penting ke tak penting kita menulis blog. Nak bagitau pentingnya bila ada yang mencari sesuatu info pasti mereka akan buat carian di google. Jadi kita yang ada sesuatu kelebihan, ada pengalaman, ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dan untuk memudahkan orang lain, tulislah di blog.  Selain memudahkan pencarian orang lain, blog kita juga mudah dikenali. Bestkan.

Ok yang nak belajar menulis blog silalah WA saya ya (017-7912993) Kita belajar santai-santai je tau.

Comments

Popular Posts