LIKE & KOMEN Sebgai Sokongan Untuk Rakan-rakan FB
Sariah Awang Senik feeling positif with Khairul Zahrin Abd Karim.
Secara jujurnya dulu wall facebook klong tidaklah seramai dan semeriah sekarang. Nak dapat like pun, punyalah seksa. Ada facebook dah bertahun-tahun lamanya, macam lagu Alleycats tu, " Bertahun sudah berlalu Februari muncul kembali. " Terbayang pulak klong dengan si penyanyi Alleycats itu, siapa namanya David Arumugan kan.
Mentang-mentanglah minat lagu retro. Agak-agak abam tampor minat tidak lagu-lagu retro ini. Itulah hakikat wall facebook klong. Dah berzaman ada facebook tapi tidak tahu nak manfaatkan facebook itu. Asyik tulis status mengadu domba. Sampai orang nak baca dan follow pun naik menyampah. Pernah jugalah ada rakan yang sound dan kata,
" Apalah kau ini, tulis status nak raih simpati. "
Rasa tersentap tidak kalau orang sound macam itu. Yang cakap pulak itu bukan orang lain, kawan sendiri pulak. Ambik kau.
Kemudian apa jadi ya selepas itu?
Okey, dalam dok sibuk berfesbuk sampai naik mabuk itu, ditakdirkan Allah, klong terberkenalan dengan seorang awek ini. Orangnya simple je. Tiap statusnya ada masa buat klong tersedar dari mimpi yang indah. Dalam hati klong, " Sampai bila aku nak hidup macam ini, asyik mengeluh, selesaikah semua masalah aku yang super dupper banyak ini? "
Namanya Pn Anys Idayu Zakaria.
Dia ini cakapnya lembut je. Ada groupnya yang tersendiri dan hanya mengajar orang secara online melalui facebook. Masa tu terkejut jugak klong. Kat facebook pun boleh jadi cikgu. Cikgu online pulak itu. Punyalah klong ini dah banyak habiskan masa yang ada. Umur dahlah 42 tahun. Tapi satu apa pun tidak jadi.
Selepas dah join group dia, klong pulak dah dua kali masuk majalah. Best jugak masuk majalah tu, rasa ketagihlah pulak nak masuk lagi. Apa pun memang ' life ' klong berubah sejak dari hari itu.
Apa pun kata Pn Anys Idayu Zakaria penting jugak ada rakan yang ramai. Pening jugak klong fikir macam mana nak cari fren yang baru itu. Kemudian klong perasan di setiap wall klong ada semacam satu perubahan. Setiap hari ada je rakan baru yang add nak jadi rakan. Pelik jugak dari mana datangnya. Yang best tu, Cikgu online klong Pn Anys Idayu Zakaria pun salah seorang daripada 'suspek' utama dari group ini.
Apa lagi, terus jelah klong whatshapp tanya dan soal siasat dia macam-macam. Dari A to Z lah dia bercerita. Apa pentingnya join group ini. Masa itu susah jugak nak sebut nama group ini. Apa ntah namanya GROUP SUPPORT LIKE. Amboi panjang jugak namanya. Kata Cikgu Anys Idayu Zakaria, group ini diasaskan oleh Tn Khairul Zahrin Abd Karim. Korang tengok klong taip je nama dia sikit terus automatik keluar. Betapa famousnya dia kat facebook ini.
Apa lagi, selepas itu hidup klong semakin menjadi-jadilah lagi. Bayangkan tiap hari ada je rakan baru yang add nak jadi rakan. Terasa macam famouslah sikit. Perasanlah sikit klong lepas itu. Tidak apa, biar kena virus perasan daripada virus perasaan. Betul tidak?
Peringkat permulaan memang tidak faham sangat rentak 'lagu' GROUP SUPPORT LIKE ini. Ada masa slow rock, kadang heavy metal pun ada. Tapi memang beri impak yang besar dalam life klong. Apa yang abam tampor tu cakap memang kena dengan klong. Yalah, asyik mengeluh dan beri alasan, sampai bilalah nak berjaya. Abam tampor tu muda dari klong tapi dah berjaya.
Tidak akan klong yang dah 4 series ini nak duduk diam je. Tidak kisahlah abam tampor muda, cikgu online klong Pn Anys Idayu Zakaria tu pun muda asal klong dapat belajar sesuatu tentang bisnes dan yang paling penting sikap tidak pentingkan diri sendiri.
Maknanya beri sokongan pada yang lain. Dengan cara apa beri sokongan itu?
Nak tahu ke?
Kena bayar duit ke?
Semua tidak payah. Paling penting data internet korang senantiasa ada. Maknanya keluar sikit duitlah. Tapi taklah selalukan?
Sokongan yang patut kita beri tu, bukanlah susah sangat. Dengan hanya LIKE/KOMEN pun dah dikira beri sokongan.
Lagi satu sejak dah join GROUP SUPPORT LIKE ini, klong dah terkena virus baru. Atau tidak lena tidur. Tapi makan klong selera lagi.
Opps! Lupa pulak. Puasa kan?
Memang tidak lena tidur. Mana tidaknya klong kena berada dalam keadaan sentiasa bersedia dengan pelbagai tugasan yang diberi.
Kira macam askar dan polislah. Tidak kiralah apa pun. Ada ke klong kisah semua itu? Nak jadi luar biasa hebat. Maka usahanya pun kenalah luar biasa jugak kan?
Paling bestnya ada 'live video' dari abam tampor setiap pagi. Tapi dah 2 hari sebelah pagi tidak ada live video. Esok ada kut. Insha Allah.
Sebenarnya banyak manfaat tersembunyi dalam GROUP SUPPORT LIKE ini. Susah nak diterangkan melainkan korang yang alami sendiri perubahannya. Antara manfaatnya ialah :
1) Berpeluang belajar kelas secara online di Telegram dan percuma buat semua rakan GSLEF.
2) Berpeluang menang pelbagai pertandingan dengan hadiah-hadiah yang sangat menarik.
3) Melatih diri jadi lebih berdisplin dan tidak pentingkan diri sendiri.
4) Melatih diri senantiasa dalam keadaan bermotivasi walau sales tidak berapa banyak.
5) Bukan sahaja dapat belajar ilmu perniagaan malah dapat belajar juga ilmu akhirat.
Contohnya kelas Tahwid secara online.
6) Mengamalkan sikap tolong antara satu sama yang lain dengan cara LIKE ataupun KOMEN.
Dan yang sangat penting semua yang diajar harus di praktiskan serta merta dalam kehidupan dan apa yang kita lakukan.
Kalau ikutkan banyak lagi. Banyak nak cerita. Tapi nanti teroverlah pulak panjangnya Dugaan untuk taip karangan ini tidak kurang hebatnya juga tahu. Apa pun klong redah je. Berjaya atau tidak bukan masalahnya. Yang penting buat je dulu kan. Barulah betul kan.
Untuk team GROUP SUPPORT LIKE terutamanya abam tampor Tn Khairul Zahrin Abd Karim serta semua staffnya tahniah diucapkan kerana sekali lagi masuk suratkhabar Harian Metro pada 16 yang lepas.
Semoga terus suksess dan klong doakan semua cita-cita abam tampor tercapai. Aamiin.
Kalau korang nak join, bolehlah pm agen GSL yang bertauliah dengan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan.
Atau boleh juga ke laman sesawangnya www.groupsupportlike.com
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
#GSLEF
#GSLMatdik
#ABDR
#POWERGOLD
Comments
Post a Comment