Banyak Perubahan di FB Sejak Join GSL
Saniah Mat Sanat
Cerita saya dan Group Support Like(GSL).
Kisah ini bermula, apabila saya selalu baca wall Cikgu Online Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR), Puan Anys Idayu Zakaria. Dia selalu kongsi mengenai GSL sepertimana dia sering berkongsi tentang ABDR. Melihat dan membaca wall Puan Anys bertukar menjadi lebih memberi tambah nilai dan positif, saya berasa teruja mahu begitu juga. Walaupun begitu, saya masih tunggu dan lihat. Lambat bertindak kerana saya orang warna ungu. Orang warna ungu ni suka kumpul maklumat, barulah bertindak. Bersikap berhati-hati.

Tidak lama kemudian, setelah berfikir dan puas hati saya terus private
massage Puan Anys. Alhamdulillah,saya juga terus lakukan pembayaran
yuran untuk sertai GSL. Kali ini, saya diminta menunggu untuk kemasukan
batch seterusnya iaitu pada 2/1/2016. Tidak lama menunggu, saya
dimasukkan ke group GSL. Batch kali ini dipanggil Batch ABAM. Tugasan
diberikan. Tak cukup nafas rasanya melakukan tugasan yang diberikan
tetapi perasaan teruja lebih lagi kerana tidak sangka mengenali
sahabat-sababat yang punyai tenaga positif. Terkejut pun ada juga. Oh,
ya. Selepas mendaftar, saya menerima satu ebook percuma. Ebook bertajuk
100 Posting Tarik Like tulisan Tuan Khairul Zahrin Abd Karim, pengasas Group Support Like.
Melihat perubahan kepada wall saya, tanpa berfikir panjang kali ini, terus mendaftar untuk sertai satu lagi group GSL iaitu Group Support Like Elite Force(GSLEF). Tarikhnya ialah pada 16/1/2016. Kali ini bukan saja mendapat lebih ramai sahabat, malahan dapat menambah ilmu lagi dan secara percuma pula tu. Yang penting, kita berikan komitmen semasa kelas dijalankan di group telegram secara online. Bersesuaian dengan keadaan saya yang bekerja dari rumah. Guru-guru yang mengajar pun bukan calang-calang orang, masing-masing pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya,Tuan Aqif Azizan seorang yang dikenali dalam bidang copywriting dan storytelling.
Sejak sertai GSL, banyak juga perubahan yang berlaku kepada saya. Saya lebih positif dan ceria apabila di facebook kerana dikeliling sahabat-sahabat yang positif dan sentiasa mendoakan. Saya lebih bersikap terbuka untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan. Saya juga sudah berani kembali menulis. Bersama GSL juga, saya menambah keyakinan diri untuk kembali berhubung dengan orang lain, selepas kemalangan yang dialami dua tahun yang lalu.
Kisah ini saya tamatkan dahulu. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan Tuan Khairul dan semua sahabat di GSL. Moga jalinan ukhwah ini diberkati dan diredhai-Nya. Aamiin. Berani Untuk Berubah.
#GSLAbam #GSLEF

Comments
Post a Comment