Kebergantungan Sesama Manusia
Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu. Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu. Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibubapa. Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
Di dunia nasab itu pada lelaki. Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumi jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya manapun seorang manusia dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain.
Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.
Inilah manusia lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri. Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya. (C&P)
Selamat malam. Assalamualaikum semoga esok lebih membri kebaikan.
Comments
Post a Comment