Blog Pilihan
Blog pilihan:http://ainorhidayahzulkipli.blogspot.my/
Teks : Ainor Hidayah
Saya bukan datang dari keluarga yang senang. Tapi pengalaman hidup, banyak mengajarkan saya hidup berdikari. Ayah telah meninggal dunia ketika saya berusia 10 tahun. Emak seorang saja membesarkan saya dan abang abang yang lain. Bagaimana emak mengharungi liku - liku kehidupan sebagai seorang balu? Menggalas tanggungjawab seorang ayah dan emak dalam satu masa serta membesarkan kami adik beradik? Macam mana emak boleh kuat? Semuanya kerana Allah swt. Emak yakin anak - anak adalah amanah. Hidup harus diteruskan. Hanya doa, ketabahan dan kecekalan serta kesabaran yang ada dalam diri emak membuatkan emak semangat.
Bagaimana emak menguruskan perancangan ekonomi di rumah? Bayar bil? Beli barang? Semuanya seorang diri tanpa insan yang digelar suami. Nak ke mana - mana semuanya sendiri. Tiada kenderaan. Ketika emak bekerja, keluar rumah seawal 6am. Anak - anak emak hanya berserah kepada Allah swt untuk melindungi.
Kami adik beradik tidak banyak masalah berkaitan makan. Kami akan makan apa yang dihidang. Semasa ada arwah pun, kepala ikan bilis pun kami makan.
Adakalanya, bila hampir nak masuk bulan puasa, Emak akan bawa balik kotak besar dengan bas dan jinjing kotak tersebut ke rumah. Bila sampai rumah, baru kami tahu itulah adalah baju raya yang dibeli oleh mak. Besarnya pengorbanan emak. Apa perasaan anda? Dari pengalaman hidup saya, Saya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah namun saya ada emak yang memberikan khidmat setianya kasih sayangnya pada anak.
Zaman kanak - kanak saya telah diajar untuk berdikari. Saya pergi ke mana - mana hanya seorang diri apabila diminta untuk menguruskan hal - hal yang melibatkan urusan keluarga. Apabila abang - abang saya tinggal berjauhan dengan emak, saya akan menemani emak. Lampu rosak. Saya akan ganti dengan lampu yang lain. Saya seorang perempuan. Tidak tahu apa langsung berkaitan lampu. Tapi itulah, bila kita tahu kehidupan kita macam mana. Ada kekuatan yang datang. Betul tak? Emak pernah bekerja di PPUM. Saya pergi sendiri PPUM dengan menaiki bas. Apa yang anda rasa?
Tiba hari raya, Kami balik kampung dengan keretapi atau bas. Apabila emak ada urusan di kampung sebelah ayah. Saya dan emak akan rancang dan naik kenderaan apa ke sana. Kami, pernah tidur di kaki lima kedai ketika sampai dan menunggu masa untuk subuh. Bayangkan saya dan emak perempuan. Ada seorang abang OKU sewaktu itu. Dengan hujan renyai. Kedengaran sayup suara anjing menyalak. Apa yang kalian fikir? Suasana dan pengalaman macam itu tidak dapat dimiliki hanya apabila kita merasainya.
Hari ini, kita bertuah kerana masih lagi mempunyai ibu dan ayah. Masa silam tidak akan kembali lagi. Kesal memang tetap ada sekiranya sewaktu dulu kita lupa apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang anak. Apa yang ada adalah masa hadapan. Selagi kita bernyawa, berbaktilah kepada ibu bapa. Gunakan kesempatan yang ada untuk berbakti. Ingatlah janji Allah swt.
Comments
Post a Comment