Sunday, 3 April 2016

Perkongsian Kisah Saya di Majalah Wanita Bil 1689

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Majalah Wanita 



Syukur alhamdulillah pertama kalinya diberi peluang dan ruang untuk berkongsi sesuatu yang memberi manfaat. Saya bukanlah sesiapa pun nak kongsi kisah-kisah kejayaan, tapi apa yang dikongsi ini merupakan amalan yang sering saya cuba istiqomah lakukannya setiap hari. Sebenarnya sehari lepas Kak Net offer untuk berkongsi kisah dalam Majalah Wanita Ruangan Mengaji ni, hati masih tertanya-tanya layak ke aku nak kongsi. Bukannya ada apa pun yang nak dibanggakan. Tapi bila fikir semula mungkin ini hikmahnya Allah beri jalan bagaimana cara untuk saya kisahkan siapa saya di sebalik kekuatan yang sering sahabat-sahabat baca di blog dan facebook ;) 

Sebenarnya hati pernah terdetik, kenapa sebelum ini banyak peluang yang Kak Net offer untuk ruangan majalah, semuanya saya berikan kepada pelajar-pelajar blog. Sebelum ni pun saya sendiri rasakan tak bersedia nak kongsi apa-apa, lagi pun tiada artikel yang sesuai untuk saya heheheh. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik untuk saya kongsikan. 

Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebenarnya. Lepas 2 bulan berlalu kisah antara saya dan bekas suami, yang saya sendiri rasakan tak tahu bagaimana nak kongsi dengan orang lain,  Kak Net offer tawaran berkongsi di ruangan beliau. Allah menjawab detik hati dan persoalan saya melalui perkongsian ini rupanya. ;(

Ok la, bukan kisah-kisah tu sebenarnya nak dikongsi, jom baca dan selak Majalah Wanita, Bil 1689 Ruangan Cerita Mengaji ada kisah saya kongsi di sana, heheheheh beli tau ;)