Tuesday, 22 March 2016

Rezeki Melimpah Ruah Asbab Berjemaah bersama Team GSL

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Group Support LIKE bukanlah tempat untuk belajar bisnes, atau belajar marketing. Ia satu group untuk kita belajar support status dan bisnes rakan-rakan di fb, dan platform untuk usahawan berkumpul. Percayalah, jika kita pandai memanipulasikan keadaan banyak peluang yang akan kita dapat daripada GSL ni. Insya Allah rezeki melimpah ruah asbab berjemaah dan saling bekerjasama walaupun bukan dalam bidang bisnes yang sama


GSL membantu peserta membina keyakinan diri, lebih berani untuk berkongsi, melatih peserta untuk menulis dan update status fb.

Saya kongsikan testimoni salah seorang peserta GSL Wira, Puan Suzie Joos. Melalui GSL beliau lebih berkeyakinan untuk berkongsi, walaupun tanpa beriklan beliau berjaya untuk membuat jualan.




Objektif Utama memang untuk dapat banyak like di status facebook kita. Like penting supaya lebih ramai orang lain dapat lihat apa yang kita post di status facebook. Jadi iklan-iklan yang kita post juga mudah dilihat. Selain itu, fb personal kita tak digalakkan menjual secara hardselling. Melalui GSL kita belajar update status soft selling, mulakan dengan perkongsian dan penulisan. Rakan-rakan dari Team GSL juga semuanya beraura positif, yang sentiasa mendoakan kita, bagi support walaupun tak sama bisnes.