Kredibiliti Modal Utama Bisnes Online
Kredibiliti adalah modal utama dalam FaceBook-marketing. Kredibiliti adalah
sejauh mana orang percaya bahawa kita memiliki ilmu dan maklumat dalam perkara
yang berkaitan bisnes kita. Ok akak bagi contoh seorang Doktor ya.
Doktor yang mempunyai klinik sendiri adalah bisnesman. Doktor tidak keluar
mencari pelanggan, yakni pesakit. Pesakitlah yang pergi ke klinik doktor. Di
mata pelanggannya, si doktor itu adalah seorang pakar. Justeru mereka pergi
kepada doktor itu bagi mendapatkan nasihat kepakarannya.
Sebagai orang bisnes, kita sering kali terkial-kial keluar mencari
pelanggan. Dalam FB, kita menulis posting yang jelas menggambarkan kita
terkial-kial mencari pelanggan. Pelanggan mencari kita apabila mereka yakin
kita memiliki kepakaran berkenaan produk ataupun perkhidmatan yang kita
tawarkan. (copy paste dari tuan Ahmad Azhari)
So kesimpulannya, jom kita mula menulis dan berkongsi status yang
membuktikan kita memiliki kepakaran dan bisnes yang kita jalankan.
Tips mudahnya, semakin banyak kita latih menulis dan berkongsi semakin kita
mahir. Cara ini kita boleh belajar dalam GSL dan KELAS ONLINE BLOG ABDR
Nak belajar menulis di FB jom join GSL. Nak belajar menulis di blog jom join
KELAS ONLINE BLOG ABDR
Comments
Post a Comment