Sayangilah ibu Bapa

Berbual seorang lelaki di chow kit.
Dia minta sedekah. Lapar minta makanan. Terus ajak dia makan....

Berbual dengannya. Dia ceritakan kisah hidupnya kena hiv aids.

Dari kisahnya saya dapat sesuatu, punca utama dia ditimpa segala penyakit sehingga membawanya duduk ditepi jalan ialah pernah satu hari kerana menagih dia pukul mak ayahnya. Belasah mak ayahnya...derhaka pada makayahnya. Lawan makayah. Tipu makayah.

Semenjak itu dia ditimpa pelbagai musibah.

Saya hanya mampu ceritakan kisah semasa orang yang berjaya berubah dan beri harapan Allah Maha Pengampun dan teramat penyayang lebih dari yang pernah kita bayangkan dan gambarkan...

Semua dosa melainkan syirik insyaAllah diampunkan. Tapi dosa terhadap ibubapa akan diberi balasan segera dan cepat di dunia ini...belum tahu di akhirat bagaimana.

Sayangilah mak ayah. Jangan lupakan mereka. Layani mereka sebaiknya. Mak ayah ialah jalan ke syurga paling cepat dan termudah. Orang yang layan mak ayah macam vvip nanti Allah layan lebih dari itu bahkan dalam dunia lagi.

Jangan tengking mak ayah.
Jangan lupa jadi anak yang baik.
Jaga solat awal waktu, tahajud,
jaga aurat, jaga perintah Allah. Doakan mak ayah.

Buat mak ayah kita yang sudah tiada. Doa dan amalan anaknya yang soleh dinantikan di sana. Sedekahlah di hari jumaat ini. Niatkan pahala buat makayah.

ya Allah yang Maha Penyayang ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka. Letakkan mereka dalam syurga firdaus. Ya Allah letih, penat , tangisan mereka, segala kebaikan dan belas mereka kau terimalah sebagai amal kebaikan mereka. Ya Allah, ibubapa kami yang masih hidup , sihatkanlah mereka. Sihatkan sakit badan, sakit lutut mereka. Ya Allah mudahkan perjalanan mereka. Berilah keberkatan dan rahmat mencurah kepada mereka. Ya Allah, maafkan kami kerana belum menjadi anak soleh buat ibubapa kami.
(Ustaz Ebit lew)

.
#anysidayuzakaria #kelasonlineblog #agengroupsupportlike #abdr #mulabisnesonline

Comments

Popular Posts