Pengalaman Bersama GSL (Group Support Like)
Teks : Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah selamat pagi sahabat. Selamat pagi semua pembaca blog. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca setiap perkongsian yang saya kongsi di sini. Diharap dapat memberi sedikit manfaat dan kebaikan untuk kalian ;)
Pagi ni saya nak kongsi sedikit ulasan tentang GSL (GROUP SUPPORT LIKE) yang saya dah sertai sejak akhir tahun 2015. Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya perolehi. Setiap kumpulan yang kita sertai pasti ada perbezaan dan ilmu yang kita akan perolehi.
Sebelum sertai GSL, memang saya sedia maklum, setiap status yang kita like atau komen di fb akan menjadikan status tersebut mudah dilihat oleh lebih ramai orang lain. Tapi, saya masih tak tahu cara bagaimana nak minta rakan-rakan kita ni like status yang kita post. Hai laa tak kan saya nak pergi pm sesorang minta mereka like dan support status saya kan. Tak ke kerja gila tu namanya. Dah nanti orang kata, dah kenapa pulak ni, hahahahha. So saya pun biarkan sahaja, sebab masih tak tahu cara untuk buat mereka like status yang saya post di fb. Walaupun saya tahu, setiap komen dan like ini akan membantu fb tolak status kita untuk lebih ramai orang lihat, tapi dalam hati kecil saya selalu berkata, ala... tak payah la nak
komen-komen, nak like-like di status rakan, buat semak notification je nanti. Tapi
notification yang saya terima bukanlah banyak sangat pun yang
bertanya tentang kelas blog atau produk-produk yang saya jual. Konon
kedekut sangatkan. ;(
Alhamdulillah bila sertai GSL, saya banyak belajar cara yang betul untuk
update status, lebih banyak like yang diperolehi dari setiap
status-status yang saya update. Semuanya daripada sokongan dan support
AB GSL. Bila kita dah apply semua ilmu yang Tuan Khairul Zahrin berikan, rasa sunyi kalau sehari tak terima notification yang banyak heheheh. Betullah antara asbab rezeki melimpah ruah melalui networking dan kerja berjemaah. Walaupun kami di GSL mempunyai bisnes yang berbeza-beza, tapi di sini kami belajar untuk support dan menyokong semua bisnes rakan-rakan, tak condem dan tak jatuhkan yang lain. Kami saling bantu membantu. Seperti kata pepatah More u give, more and more u will get.
Alhamdulillah, alhamdulillah yang paling buat saya gembira, melalui GSL dan sokongan AB GSL, status-status yang berkaitan iklan yang saya pos juga mudah dilihat oleh lebih ramai rakan fb yang lain. Lebih ramai silent reader, dan rakan-rakan yang tak pernah muncul di fb tiba-tiba muncul bertanyakan kelas-kelas blog dan produk-produk yang saya tawarkan. Sebelum sertai GSL, saya akui kebanyakkan
pelajar-pelajar yang mendaftar untuk kelas blog ABDR, kebanyakkannya
mereka jejak saya melalui blog. Amat sedikit mereka yang daftar saya
kenal di fb. Ayat mudahnya macam tak pandai gitu nak gunakan fb untuk
berbisnes heheheh.
Syukur, terima kasih Allah. Terima kasih kerana hadirkan ilmu ini melalui Tuan Khairul Zahrin. Terimaksih Allah kerana berikan idea kepada TKZ untuk menubuhkan GSL. Tanpa GSL sudah tentu kami-kami yang masih bertatih dalam dunia bisnes online, masih tak mahir gunakan fb dengan cara yang betul untuk berbisnes, dan like di fb juga mesti tiada perubahan. Dan yang lebih menggembirakan TKZ bakal menghadiahkan kami kelas-kelas percuma setiap bulan. Bulan lepas kami AB GSLEF sudah sertai kelas BIG WHY yang beliau taja khas untuk kami timba ilmu. Didoakan semoga selepas ini lebih banyak kelas dan ilmu yang akan beliau berikan kepada kami. Ini semua hasil sokongan AB GSL, kerana memberi yang terbaik untuk setiap perkongsian dan tugasan yang beliau berikan ;)
Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk TKZ, berikan idea-idea yang lebih bernas kepada beliau untuk terus membimbing kami di GSL.
Oowh ye. heheheh. Yang nak join GSL ni boleh la hubungi saya ya. Saya juga salah seorang daripada Agen GSL.
Comments
Post a Comment