Perkongsian Pelajar Blog ABDR

Sebagai anak sulung didalam keluarga saya menjadi harapan dan idola kepada adik- adik. Ayah selalu berpesan pada saya yang adik adik akan mengikut dan menjadikan saya contoh mereka. Jadi along kena sentiasa jadi yang terbaik. Kata kata arwah ayah itulah yang saya pegang sehingga sekarang. Rupa rupanya kata kata ayah itulah yang menjadikan saya seorang leader. Leader dalam keluarga , leader didalam bisness dan leader kepada anak - anak.

Cita cita untuk kemenara gading akhirnya berjaya. Menamatkan sesi ijazah perakaunan di UiTM selama 5 tahun membuatkan saya benar benar teruja. Rasa macam nak muntah hijau menamatkan alam pembelajaran di universiti. Kekuatan fizikal dan mental diperlukan untuk belajar akaun ni. Alhamdullillah..berjaya juga akhirnya.

Mengengam segulung ijazah didalam bidang profesional membuatkan saya begitu teruja untuk memasuki alam pekerjaan, tapi indah khabar dari rupa. Kehidupan bekerja rupa rupanya lebih mencabar. Memohon gaji dengan kelayakan yang ada bukan semudah yang saya sangka.
Pada ketika itu , saya diterima untuk bekerja di tempat praktikal lama saya. Bermula kehidupan saya sebagai assistant auditor.

Dimarah,diperli bila saya minta beberapa resit untuk diaudit, katanya bukan company saya,ikut suka hati mereka la nak buat macammana.
.
.
Berkenalan dengan puan Ezzalin Sidek
Kelas blog bisnes penulisan ABDR
Singgah di sini untuk baca lanjut http://ezzalin.blogspot.my/.../teks-noor-ezzalin-salam...

Comments

Popular Posts