Momen 2015

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Simpanan Peribadi 




Alhamdulillah momen-momen 2015 walaupun ada yang pahit, perit terpaksa ku telan jua. Pembangkit semangat hanya diri sendiri dan bisnes lah merupakan semangat untuk terus saya berjuang dan seronok sebenarnya dalam dunia bisnes ni, jika kena cara yang betul

Dapat tambah ilmu, tambah sahabat, kenal lebih ramai orang lain. Kenal pelbagai ragam pelanggan. 

Mengimbau kenangan bermula dengan menceburi bisnes dropship, perlahan-lahan saya belajar menggunakan blog sebagai medium pemasaran bersama sifu Puan Masayu Ahmad. Beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia penulisan, dunia blogging dunia berjualan dan berbisnes online.


Permulaan bersama Akademi Bekerja Di Rumah, sentiasa memberi semangat untuk saya terus bangkit membantu lebih ramai suri dan mereka-mereka yang mahu belajar berbisnes online. 

Alhamdulillah 2015, seramai 124 orang pelajar blog di bawah kendalian saya. Melepasi target, saya berazam untuk membantu sekurangnya 100 orang yang mahu belajar memulakan bisnes secara online dengan menggunakan blog sebagai medium perkongsian utama.


Bermula 2013 - 32 orang 

Tahun 2014 - 95 orang 

Tahun 2015 - 124 orang 


Alhamdulillah. Untuk tahun 2016 saya berazam mahu membantu lebih ramai lagi suri dan mereka-mereka yang mahu bermula. 200 orang saya mahu bantu untuk tahun ini. Semoga Allah permudahkan usaha kami Team Akademi Bekerja dirumah

Melalui kelas online blog ABDR juga, saya perlahan-lahan belajar untuk membina dan membantu barisan Pengurus Online ABDR yang mahu menjana pendapatan hanya melalui produk-produk ABDR.  Alhamdulillah mereka juga sudah mahir berjualan RM50-100 sehari.

Syukur terima kasih Allah atas nikmat ini. Allah permudahkan lagi usaha saya. Saya mula membina rangkaian agen dropship untuk produk buku-buku motivasi dan bisnes. Alhamdulillah mendapat sambutan juga, ramai agen berdaftar yang sudah pandai berjualan, walau untung dropship ciput bak kata orang, tapi ia satu peluang untuk mereka belajar berbisnes online dan berurusan dengan pelanggan.


Alhamdulillah. Semoga tahun 2016 memberi lebih kejayaan. Semoga lebih ramai suri yang dapat saya bantu melalui dropship buku bacaan dan kelas online blog ABDR. 


Doakan ye, semoga Allah permudahkan usaha ini :)

Comments

Popular Posts