Khidmat Pelanggan Sangat Penting

Tips Bisnes online


Soalan 11: Kadangkala saya sangat kecewa dengan pelbagai kerenah pelanggan. Apabila membuat promosi dan pemasaran, ada pelanggan yang suka bertanya pada masa yang kurang sesuai, ada juga apabila kita membuat penerangan pelanggan diam sahaja tidak ada respon.

Bagaimanakah cara untuk kita tahu pelanggan suka dan bersetuju membuat pembelian?
Selepas kita mengenalpasti sasaran pelanggan iaitu prospek/bakal pembeli sangat penting untuk kita menguasai cara memberikan keyakinan mereka. Kita letak diri sebagai pembeli, apakah pembeli mahukan selepas mereka ini mempunyai kuasa wang dan kuasa beli. Sudah tentunya usahawan perlu mengambil berat berkaitan khidmat pelanggan.


Maksudnya khidmat pelanggan adalah salah satu perkara penting sama ada ketika berurusan dan juga selepas jualan. Ini mampu mengekalkan pelanggan sedia ada, untuk membuat pembelian berulangkali, berbanding sentiasa mencari pelanggan baru yang hanya membeli sekali. Berikut panduan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk yakin membeli secara online.
Gunakan bahasa yang baik.


Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah. Menggunakan bahasa yang sopan ketika melayan pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon. Pelanggan gembira apabila diraikan dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka lebih mudah membeli.
.
Sumber : EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Baca 21 soal dan jawab dalam naskah ini.

Ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR

Comments

Popular Posts