ABDR Bantu Saya Fokus Dalam Bisnes
Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Pelajar : Ziadah Zainal Abidin
Guru online : Anys Idayu Zakaria
Teks: Ziadah Zainal Abidin
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Sudah hampir 4 bulan saya bersama akademi ini. Banyak ilmu yang dikongsi
dengan arahan serta tunjuk ajar yang tiada had. Seperti yang dinyatakan
di dalam ebook Super WAHM, Super Mom, ibu yang beranak kecil seperti
saya jauh lebih lambat bergerak. Ia memang kenyataan. Komitmen terhadap
bayi tidak dapat dijangka. Semua suri juga sedia maklum hal ini.
Saya mula berkenalan dengan guru online saya ketika saya
terkontang-kanting mencari ilmu kira-kira demi mempertahankan perniagaan
percetakan saya yang baru berusia lebih kurang 1 bulan suku akhir tahun
lepas (2014). Permintaan yang tinggi secara mendadak menjadikan saya
tidak menang tangan mahu membuat kira-kira kos, pengurusan perakaunan,
promosi, jualan, pentadbiran dan sebagainya sendirian. Salah saya yang
memilih orang 'kapal' saya tanpa menyiasat dan memandang masalah yang
bakal timbul nanti.
Sayangnya saya terlupa tentang kelas yang guru Anys promosikan. Saat
saya mengandung anak ketiga ini adalah saat saya benar-benar diuji
sangat hebat oleh Allah s.w.t. Saya lalu menjadi orang yang sangat
pelupa kesan stress melampau. Hatta pemeriksaan klinik yang tidak pernah
saya lupa dari mengandung anak pertama dahulu, pun saya lupa dan tidak
pergi. Dalam masa yang sama, saya masih cuba mencapai apa yang boleh
dicapai asal tidak jatuh teruk. Setelah sekian lama saya menyepi, tepat
14 hari, guru Anys bertanya khabar. Saya terpaksa batalkan keinginan
mengikuti kelas kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak, rumahtangga
dan perniagaan yang saya hanya dapat kira untung kasar sahaja.
Perkenalan kami bermula lagi melalui laman peminat buku Mudahnya
Menjemput Rezeki (MMR). Entah bagaimana saya ingin memiliki buku
tersebut. Saya komen pada salah satu status laman tersebut dan guru Anys
segera mempromosikan buku tersebut kepada saya. Saya yang tertarik
dengan promosinya tidak menunggu lama meminta akaun bank guru Anys.
Tidak sabar mahu memiliki buku MMR tersebut. Sempat juga saya pesan pada
guru untuk mengingatkan saya kerana semasa saya mengandung anak ketiga
saya, saya sangat pelupa. Keesokannya saya buat pembayaran buku MMR dan
terus lupa tentang tawaran guru Anys mengenai peluang menjadi agen
dropship buku tersebut.
Selang hampir 2 bulan kemudian saya tertarik dengan status guru mengenai
kelas blog akademi yang ditawarkan dengan syarat jika mahu masuk kelas
secara percuma. Syaratnya boleh lihat gambar di bawah. Saya usahakan
juga mengikut apa yang guru Anys tunjuk ajar tetapi tidak mendapat
sambutan. Saya akhirnya mendiamkan diri dan diam-diam menjadi pembaca
senyap status-status guru di Facebook hinggalah 3 bulan berlalu.
Hampir penghujung bulan Mac 2014, saya tidak mampu bertahan membaca
status guru lagi yang setiap hari melintas di dinding Facebook saya.
Akhirnya saya mohon untuk mengikuti kelas dengan bayaran secara ansuran.
Saya ambil kelas paling popular dan paling mahal dalam akademi berharga
RM300. Setiap kali saya membayar ansuran (RM100 sebanyak 3 kali), saya
diberikan e-book untuk dibaca hingga habis, hadam dan faham. Pakej blog
yang saya ambil ini menawarkan 5 e-book yang saya mesti baca habis dan
faham serta ulangkaji.
Alhamdulillah. Setelah habis ansuran tanpa bunga yang guru tawarkan,
saya terus diserap masuk ke dalam kelas (kumpulan Facebook). Guru
menandakan nama saya pada tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dan
langkah demi langkah menambah pelbagai gajet untuk blog dalam bentuk
tutorial bergambar.
Saya juga mencontohi guru dan rakan menjadi seorang peniaga beretika
iaitu peniaga yang meniaga dengan nama sebenar atau nama komersial yang
berkaitan dengan perniagaannya. Lebih baik lagi jika berdaftar. Bukankah
ia agak mencurigakan jika nama peniaga adalah Penggembala Lembu tetapi
gambar produk dan penerangannya adalah tudung Fareeda (contoh sahaja
ye). Begitulah misalannya.
Dari apa yang saya pelajari, ini adalah tanda peniaga tidak konsisten,
tidak faham pelanggan, tiada target khusus, tidak tahu potensi dirinya
dan kurang fokus pada produk jualannya. Sekejap jadi katak, sekejap jadi
sesumpah. Sekejap lompat bisnes sini, sekejap menjelma bisnes sana yang
sama tapi tak serupa.
Saya sarankan belajar langkah demi langkah yang betul bersama saya di
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) selaku pengurus online ABDR dan juga
rakan niaga ABDR.
Nota: Saya pernah jadi katak dan sesumpah dari tahun 2007 hingga 2014.
ABDR buat saya menahan diri dari menjelma dari katak kepada kodok atau
dari sesumpah kepada biawak komodo. Boleh lihat di ruangan kenali
penulis berapa banyak saya gagal.
Berada bersama ABDR membantu saya fokus dan jalan terus walau ada tangan
suruh berhenti sekejap, nak bagi projek ni. Saya belajar dari kesilapan
lalu. Cukuplah gagal selama 7 tahun. Sudah beratus habis. Nasib baik
beratus. Jika berjuta, mungkin saya patut benam muka dalam tanah.
Comments
Post a Comment