Perkongsian Pengalaman Di Manila

Hari pertama menjejakkan kaki di Filipina, dari lapangan terbang kami menghala ke "Salcedo Village". Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila, mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sesampai di Manila, kami dijemput oleh wakil dari kedutaan. Trafik yang sangat teruk menjadikan perjalanan kami yang sepatutnya setengah jam sahaja, memakan masa hampir 3 jam ke Salcedo Village. Petua untuk sesiapa yang mahu ke Manila, kalau boleh elakkan mengambil penerbangan di hari Jumaat kerana hari yang barakah ini sangat luar biasa kesesakannya.
.
Salcedo Village adalah salah satu kawasan yang terletak di Makati, Filipina. Di sini saya melihat populasi masyarakat antarabangsa memenuhi kebanyakan kondominium dan pangsapurinya. Kalau di Malaysia, kita boleh samakan persekitarannya dengan Bukit Bintang atau Damansara. Konsep metropolitan dan infrastruktur tersusun dapat dilihat di kawasan ini. Di sini, kebanyakan premis seperti bank, pejabat, kedai serbaneka, taman rekreasi, kedai gunting rambut, kedai dobi dan sebagainya boleh dituju dengan hanya berjalan kaki. Maybank pun ada disini ya!
.
Baca lagi kisah perkongsian puan Fauziah Mahmod
Kelas blog bisnes penulisan ABDR
http://pnfauziahmahmod.blogspot.my/.../entri-1-makati...




Untuk Pembaca yang mahu sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, Belajar menghasilkan sebuah blog yang disukai pembaca boleh hubungi saya ya :) 
 

Comments

Popular Posts