Perkongsian Pagi Jumaat

Teks : Anys Idayu Zakaria


Assalamualaikum, salam Jumaat penghulu hari

Ya Allah di hari jumaat yang mulia ini ampunilah dosa-dosaku dosa-dosa ibubapaku, saudara maraku, sahabat handaiku, seluruh keluargaku dan dosa sahabatku yang membaca blog ini. 

Semoga Engkau memberkati hari yang kami lalui harini.



Perkongsian pagi jumaat

.
1. Berilah salam ketika melalui kawasan kubur. Itu tanda kita mendoakan kesejahteraan ahli kubur. InsyaAllah, apabila sampai masa kita kelak, kita akan didoakan oleh yg masih hidup.

2. Untuk memulakan sesuatu yang baik (cth solat dhuha) mmg akan rasa mcm 'poyo' (ustaz said this exact word 😁). Tapi lama kelamaan dari poyo ni akan jadi ikhlas. InsyaAllah.

3. Adab berdoa: antara 'tips' doa mustajab, sentiasa mulakan dan tutup doa dengan hamdallah dan selawat.

4. Kebaikan mendoakan orang lain: apabila mendoakan orang lain, InsyaAllah malaikat akan mendoakan kesejahteraan orang yang mendoakan org lain. Malaikat adalah makhluk yg mulia dan hampir dengan Allah berbanding manusia. Dah tentu doa malaikat lebih mustajab. Salah satu cara untuk mendoakan org lain, gunakan kata ganti nama 'KAMI' berbanding guna 'AKU' dalam doa harian kita.

5. Tanda kiamat semakin hampir: orang hanya bagi salam kepada yang dikenali sahaja.

6. Sedekah takkan menjadikan kita semakin fakir.
.


Quoted from Ustaz shahrizan. Jabatan hal ehwal agama islam negeri sembilan.

Comments

Popular Posts