Iklan Berkesan Untuk Kanak-kanak

 Teks : muhaini Hasim

Semalam, kami ke masjid Lamir untuk solat dan menghadiri kuliah Maghrib, Fateh beria-beria mahu mengikut kami dan berjanji tidak mahu membuat bising di masjid. Dia juga telah masuk ke dalam kereta sebelum kami masuk lagi. Kebiasaannya, jika ada kuliah agama kami tidak akan membawa Fateh kerana takut dia akan menganggu jemaah. Tetapi kali ini, kerana kasihankan dia dan percayakan janjinya, kami mengalah jua dan membawanya ke masjid.

Alhamdulillah, ketika solat Maghrib, dia tidak membuat onar, 40minit pertama kuliah berlansung dia duduk diam, tetapi 30 minit terakhir dia sudah membuat onar. Kebetulan kuliah malam itu agak lama dari biasa. Dia bermain menyusun kerusi di dalam Masjid, berjalan-jalan di tengah-tengah jemaah dan membuat bising. Saya membawanya keluar dan duduk di kerusi di luar Masjid. Semasa Isyak, dia membuat bising, bermain mengambil pesanan seperti di kedai makan. “ Awak nak air apa? Teh o satu”. Itu antara dialog Fateh ketika membuat bising dan rupanya suaranya kedengaran sampai ke jemaah lelaki. Ketika bersalaman, saya tidak perasan, mungkin ada jemaah muslimat yang mengusiknya, dia menangis sambil menjelirkan lidahnya itu.

Satu lagi kes di masjid adalah ketika solat zuhur petang tadi. Ketika rakaat ketiga, Fateh datang ke tempat jemaah muslimat solat dan membuka beg tangan saya dan mengambil krim muka saya. Dia membuka krim muka dan menyapu krim ke pipinya sambil berkata, “Qu Putih, Qu Putih, barulah Putih”. Diulangnya ayat itu berkali-kali sambil menyapu krim ke mukanya. Aduhai anak,
Alhamdulillah ummi mampu bersabar kali ini dan hanya menegur dengan tegas kesalahannnya itu.
.
.

Berkenalan dengan puan Muhaini Hasim
 
Pelajar kelas blog bisnes penulisan ABDR

 Singgah di sini http://muhainihasim.blogspot.my/.../fateh-masjid-qu-puteh...

Comments

Popular Posts