Hujung Minggu Yang Padat

Teks : Anys Idayu Zakaria
 Foto : Simpanan Peribadi (Anys Idayu Zakaria)


Alhamdulillah selamat pagi Isnin. Memulakan tugas seperti biasa hari ni. Rasa kepenatan melanda beberapa hari lepas agak kelam kelibut sikit. Memang biasanya bila tiba hujung minggu, saya mula terkejar-kejar sikit dengan kuliah pada hari Jumaat dan Sabtu. 
Kelas hari jumaat bermula 6 petang hingga 11 malam. Sambung semula esok 11 pagi hingga 7 petang. Agak-agak nasib baik sikit, hari sabtu pagi tiada kelas. Biasanya sebelum ni memang tiada kelas pagi sabtu. Tapi disebabkan semester ini saya ambil mata pelajaran yang agak sukar sedikit, makanya Pensyarah terpaksa buat kelas juga pagi Sabtu. 

Alhamdulillah selesai sudah semester ni, berakhir dengan baik. Tinggal ada sikit sahaja tugasan perlu disiapkan dan peperiksaan akhir awal Januari nanti.


Semalam juga selesai saya memborong buku-buku sekolah kakak, pakaian sekolah dan beberapa kelengkapan lain yang belum ada. Kasut sekolah dan beg sekolah awal-awal lagi saya sudah beli. Tinggal hendak selesaikan bayaran yuran sekolah agama sahaja, pada 1 Januari nanti.


Nampak tak bukan main suka lagi adik, nak sibuk-sibuk juga ikut beli buku sekolah kakak. Selesai belian buku, adik sibuk tanya "mama beli buku adik ke. Terima kasih mama". Alahai awak ni, sibuk nak sekolah dah.  Apa lagi nak bagi adik suka, mama ajak pergi cari-cari tadika yang sesuai untuk adik. Alhamdulillah dapat satu tadika di sekitar Taman Bukit Tiram, Tadika Islamik. Tapi saya sebenarnya masih belum sedia nak hantar Raisya ke sekolah. Insya Allah mungkin tahun depan. Almaklum sekarang pun Raisya masih ber'pampers'.  Kalau di rumah memang dah pandai sikit-sikit saya ajar. Perlu ambil masa lagi sedikit untuk latih Raisya lebih mahir. Kalau lain-lain tak usah cakap dah terlebih bijak hheheh.


Minggu ni target saya mahu selesaikan balut buku sekolah kakak, dan ulangkaji Subjek Undang-undang Industri dan Training Need Analysis. Hujung minggu ni cuti kelepasan am agak panjang. Harapnya dapat selesai semua.

Doakan saya ye :)

Sampai sini dulu, kita sambung nanti. Saya doakan semua pembaca yang sudi singgah di sini beroleh manfaat dan dimudahkan segala urusan kehidupan :)


Comments

Popular Posts