Salam 1 Muharram 1437H

Teks : Anys Idayu Zakria
Foto : Carian google 


Alhamdulillah, beberapa jam sahaja lagi kita bakal meninggal tahun 1436H, dan akan menyambut tahun 1437H.

Mari kita baca doa akhir tahun, dan doa awal tahun ya.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar, atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir tahun Zulhijjah. Petang ni ye rakan pembaca sekalian.  Agak-agak lebih kurang 6.30 petang kita boleh mula. Waktu maghrib sekarang cepatkan. Jadi setengah jam sebelum maghrib kita bolehla baca doa akhir tahun ini.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca Doa akhir Tahun ini akan mendapat perlindungan Allah swt, dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Manakala doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib malam 1 Muharram 1437H. Barangsiapa membaca doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah maghrib pada malam tanggal1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Moga-moga kita semua berada dalam lindungan Allah swt. Mendapat rahmat keberkatanNya

Selamat menyambut tahun baru 1437H. Moga tahun baru ini akan memberi sinar kegembiraan, sinar kebahagian, lebih fokus dan suksess dan kerjaya dan bisnes. Moga dapat membantu lebih ramai orang lain.


Saya doakan kalian pembaca juga berjaya dan semua bidang. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Moga lebih ramai dapat manfaat. :D


#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎guruonlinekelasblogabdr‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎mulabisnesdropship‬

Comments

Popular Posts