Blog Yang Disukai Pembaca
Pada
suatu hari saya baru sahaja pulang outstation dari Sungai Siput, Perak
balik hari sehingga pukul satu pagi dan sedang menguruskan dokumen
projek di Kuala Lumpur bersama seorang rakan apabila majikan menelefon
dan mengatakan ada masalah di tapak projek di Sungai Siput, Perak dan
saya harus ke sana pada keesokan harinya dan kali ini saya kena bermalam
di sana. Kerana penat yang lama belum hilang saya katakan pada majikan
saya mahu minta kebenaran suami terlebih dahulu dan segera menelefon suami. Saya sudah jangka suami akan marah tetapi tidak menyangka beliau menyuruh saya berhenti kerja.
Sebelum berhenti kerja saya ada mendapatkan nasihat dari rakan-rakan yang terlibat dalam dunia perubatan dan mereka juga menasihatkan saya supaya elakkan dari kerap melakukan perjalanan jauh kerana ia bahaya untuk saya dan anak dalam kandungan. Saya sungguh bernasib baik sebab walaupun kerap outstation pada awal mengandung tetapi kandungan saya tetap bertahan. Akhirnya saya mengambil keputusan berhenti kerja kali kedua kerana suami dan anak kami.
Ketika masih bekerja saya sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan dan ada memperuntukkan sedikit wang dari gaji untuk simpanan di ASB selain wang untuk ibu dan perbelanjaan. Selepas tiga bulan melahirkan anak, saya membuat timbang tara sama ada ingin bekerja semula atau dirumah sahaja. Pada ketika itu saya langsung tidak terfikir untuk berniaga kerana saya tiada kemahiran dan agak pemalu.
Ketika sedang membuat pertimbangan berlaku pula kejadian anak kawan kakak meninggal di taska berdekatan rumah mereka yang juga berdekatan dengan tempat tinggal lama saya ketika sebelum berkahwin. Jadi, saya sedikit bimbang untuk menghantar anak ke pengasuh mahupun taska. Majoriti kakak-kakak saya juga semuanya bekerja dan meninggalkan anak di taska, pengasuh atau orang gaji. Banyak kes yang pernah berlaku juga membuatkan saya sedikit trauma dan saya yakin tiada sesiapa mampu menjaga anak saya lebih baik dari diri saya sendiri.
Suami ada mencadangkan saya supaya berniaga secara kecil-kecilan tetapi sikap pemalu amat menebal dalam diri, lagipun saya langsung tidak mempunyai ilmu dalam perniagaan, bagaimana mahu mendekati pelanggan?
Contoh tajuk popular untuk carian berhenti kerja.
Nota 1: Ini contoh penulisan berkaitan berhenti kerja.
Nota 2: Lihat penceritaan bagaimana berhenti kerja dan apa usaha yang dilakukan selepas berhenti kerja.
Nota 3: Kronologi barulah menyentuh tentang bisnes dan produk.
Nota 4: Penyampaian secara langsung dan pemasaran percuma untuk membina 'pembaca' dan bakal pelanggan.
Nota 5: Lihat pautan penting iaitu terus kepada laman web jualan. Manakala blog penulisan dikekalkan untuk membina pembaca.
Blog pilihan:http://www.nuruldiyanamohd.blogspot.my/…/ummi-sudah-resign.…

Comments
Post a Comment