10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

Ulasan Ebook - 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

 
Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Ebook ABDR
 
 
                                     
Assalammualaikum...
Alhamdulillah, setelah baca ebook ini, semua persoalan selama ini telah terjawab. Walaupun saya telah lama bermula dalam bisnes online, tetapi apa yang ada dalam ebook ini tetap menjadi amalan saya sehingga kini. Dulu sebelum bermula, terlalu sukar untuk mencari buku atau ebook tentang bagaimana ingin memulakan bisnes online, tetapi kini, dengan adanya ebook ini, sangat-sangat membantu untuk yang ingin bermula.
 
Dulu sebelum saya bermula, pelbagai badan-badan kerajaan dan pihak yang ingin menawarkan pinjaman perniagaan, mudahkan? Di universiti juga, kita di ajar untuk membuat kertas kerja untuk memohon pinjaman perniagaan. Tahukah anda?, itu adalah perangkap yang sangat berbahaya. Elakkan berhutang untuk memulakan perniagaan. Dalam ebook ini, terdapat panduan asas untuk bermula tanpa modal. Antaranya, tidak memulakan bisnes dengan berhutang, tidak memulakan dengan modal yang besar, belajar asas berniaga dan berjualan, belajar asas bina kedai online pertama, urusniaga pertama, jualan pertama dan belajar asas bisnes dan tahap perkembangan berperingkat. Dalam ebook ini juga ada panduan atau strategi untuk kita bermula tanpa perlu kita menjadikan modal sebagai faktor utama.
 
Dropship???
Perkataan yang paling popular pada masa kini. Semuanya ada di terangkan di dalam ebook ini. Ada yang memandang rendah pada 'dropship', mungkin kerana margin keuntungannya tidak begitu besar, tetapi mereka lupa, bahawa untuk bermula bukanlah keuntungan yang menjadi faktor utama, tetapi belajar dan fokus dahulu cara pemasaran yang betul. Jika kita ingin bermula dengan lambakan stok, tetapi tidak mahir dalam pemasaran, bagaimana sekiranya, barang jualan tidak mendapat sambutan, kita akan menghadapi masalah dalam pusingan modal seterusnya. Jom berkuli dahulu sebelum menjadi tuan.
 
Secara ringkasnya, di dalam ebook ini, pelbagai panduan berguna untuk yang ingin memulakn perniagaan, sama ada secara online atau pun offline. Bermulalah dengan mencari ilmu  agar kita tidak mengambil jalan jauh dengan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu. In shaa Allah, usaha, doa dan tawakkal...semoga berjaya...:) 
 
 
Sekian..


10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 1
Tinta Pengarang
Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online
Sudah dibuka jualan, tambahan 3 hari promosi.
10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 2 (bakal terbit 1 Oktober 2015)
Bab 1: Langkah Demi Langkah Bina Kedai Online
Bab 2: Contoh Blogshop



HANYA RM30 SENASKAH 


Untuk Belian Boleh hubungi saya ya ;)

Comments

Popular Posts