Mula Bisnes Makanan Dengan Membuat Kek
Pakej Ebook Promosi September
Idea Memulakan Bisnes Makanan
Hanya RM50 Untuk 3 ebook
Pengurusan masa menentukan mutu hasil kerja
Selepas mendirikan rumahtangga, saya membuat keputusan untuk berhenti
kerja kerana menjaga ibu dan arwah bapa yang sakit. Setelah lama hanya
duduk di rumah, saya mula rasa bosan tinggal di rumah tanpa berbuat
apa-apa. Saya rasa tidak produktif.
Asalnya saya memang tidak pandai baking, tetapi minat yang mendalam
dalam bidang ni membuatkan saya mula mencari tutorial mengenai baking
dan belajar secara online. Dengan cara 'hands on', saya belajar dan
menimba pengalaman secara 'trial dan error'.
Peluang bisnes bermula pada tahun lepas, apabila saya membuat kek harijadi untuk anak saudara. Ramai yang mula bertanya dan ingin membuat tempahan kek dengan saya. Pada September 2012, saya mula berniaga secara online setelah mendapat keyakinan untuk mula menghias kek tempahan dengan dekorasi fondant dan aising.
Saya sangat bersyukur kerana suami menjadi tulang belakang dan bersedia memberi bantuan tidak kira masa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini kami sekeluarga sedang menanti kehadiran cahayamata yang pertama, suami lah yang akan membantu apabila saya tidak sihat. Setiap kali menerima tempahan, suami akan menolong membuat design template kek dengan menggunakan komputer (kadang kala, design seperti watak animasi perlu ditukar skala mengikut saiz kek yang ditempah).
Pembahagian masa adalah lebih fleksibel berbanding semasa bekerja di pejabat. Dengan bekerja di rumah, saya dapat meluangkan masa bersama suami disamping menjaga ibu yang uzur. Saya juga mempunyai lebih waktu untuk beribadat dan beramal.

Cabaran yang saya hadapi sebagai baker hingga ke hari ini adalah
terpaksa berdepan dengan permintaan yang terlalu tinggi dari sesetengah
pelanggan. Oleh kerana saya tidak mempunyai kakitangan, permintaan
untuk tempahan kek yang memerlukan hiasan yang terlalu 'fancy' sukar
untuk saya siapkan. Kek juga tidak tahan lama, jadi setiap tempahan
perlu disiapkan dalam masa 2-3 hari sahaja sebelum hari penghantaran.
Bermula dari peringkat membuat kek, persediaan untuk aising dan dekorasi
menggunakan fondant, semuanya perlu disiapkan dalam masa tersebut.
Pengurusan masa itu sangat penting supaya kerja lebih teratur kerana ia
akan mempengaruhi mutu dan hasil kerja.
Matlamat saya adalah untuk mewujudkan pasukan baking saya sendiri. Inshaallah selepas itu saya akan mula mengambil tempahan kek perkahwinan bertingkat yang memerlukan tenaga pembantu yang lebih ramai.
Comments
Post a Comment