Monday, 24 August 2015

Raisha dan Puting

Teks : Anys Idayu Zakaria
 Foto : Koleksi Peribadi 


Dah hampir dua minggu nampaknya mama berjaya untuk latih Raisha tinggalkan puting kesayangannya. Aduhai memang agak mencabar juga tempoh latihan ni. Sebelum sesi ini berjalan, sebetulnya sebelum ni saya memang pernah cuba untuk latih Raisha tinggalkan puting, tak silapnya beberapa bulan sebelum ni. Tapi ketika tu memang tak menjadi langsung.  Mananya nak menjadi, elok beberapa malam Raisha tak hisap puting ketika tidur, bila duduk rumah nenek dengan selamba nenek bagi Raisha puting. Aduhai nak menangis mama tengokkan.  Nampaknya misi pertama gagal. Alasan nenek, tak nak dengan Raisha merengek-rengek.  Memang pandai si kecil ni memujuk hehehe. 

Ok-ok tak pe. Bersabar dulu mama. Kononlah saya pujuk hati sendiri.  Sebenarnya dalam kepala ni duk pusing fikir macam mana cara nak buat.

Ini memang stail Raisha, waktu siang bila tak nak hisap puting, mula dicampak-campak je putingnya. Bila nak, mula minta mama atau kakak carikan.  Meraba la orang dalam rumah mencari puting. Kisah dua minggu sudah, bila sibuk mencari-cari puting yang hilang, apa lagi mama pun bagitau la puting adik agaknya hantu topeng kakak dah sembunyikan kot. heheheh. Ok mama, kita suruh cicakman datang cari yerk. Ye la dik, cicakman mana pulak nk tolong adik cari tu.

Dari pagi sampai ke petang memang tak jumpa pun. Tah mana diletak pun tak tau la. Ok nampaknya misi nak cuba lepas puting boleh kita mulakan ;)  Setiap kali Raisha tanya puting, mama dan kakak akan bagitau puting adik hantu topeng amik. Sapa hantu topeng tu. hahah. Hantu topeng tu ialah topeng mainan yang kakak beli di kedai RM2, sebab nak bagi adik takot, kalau tak nak dengar cakap. Apa-apa je la kakak. Tapi memang menjadi juga la cara kakak ni. Lepas sehari rupanya cantik molek puting tu ada dibawah timbunan tudung mama. Apa lagi, terus mama ambil dan sembunyikan.

Alhamdulillah, agak mudah juga kali nak latih untuk lepaskan puting.  Mama siap pesan amaran lagi pada kakak, jangan bagi nenek beli puting lain di kedai. Menjadi juga sebab kakak sepakat dengan mama, tak nak kasi adik hisap puting lagi.

Cuma beberapa malam permulaan memang agak merengek. Nak kena belai-belai masa tidur supaya tak teringat dan minta puting. Baca doa, bercerita, buat je apa-apa untuk lupakan Raisha dengan puting. Habit baru sejak lepas puting ni, Raisha akan tidur meniarap, dan minta mama sapu bedak gatal di belakang badan.  Disebabkan cuaca agak panas, jadi memang susah nak tidur bila berpeluh dan akan jadi ruam-ruam.  Bedak yang mama guna pun rasa cool je. Agaknya selesa la kot kan. Sapu-sapu bedak, gosok belakang sampai tertidur. Dan boleh tidur tanpa puting. Yeay berjaya. Alhamdulillah.




Gambar hiasan, Raisha duk tekun menulis. Nak letak gambar puting kesayangan Raisha mama lupa pulak nak ambil gambar. Ada lagi tau. Belum buang lagi putingnya. Nanti la ye. Mama ambil dan share di sini. Kalau pembaca tengok, mesti gelak guling-guling. Puting tu dah nak putus nyawa dah bak kata orang, sikit lagi je nk terputus dua. Tapi masih juga la nk di bawa ke hulu hilir.

Habit mama memang susah bebenor nak ambil gambar, kan dah tak dapat kongsi di sini. Alahai. Tak pe, nanti mama cuba ingatkan diri. Untuk snap sekeping ya ;)


Ok jumpa lagi. Salam sayang.


Travelog Mama Fasha & Raisha