Program Ajari Hatiku (AJH)

Teks : Anys Idayu Zakaria



 
Ya Allah ajari hatiku untuk mencari kebahagiaan, kedamaian dan kesyukuran
.
.

Semoga program Ajari Hatiku yang saya ikuti secara coaching online di fb bermula semalam, dengan harapan selepas 21 hari, saya terus istiqomah mencari keredhaan Allah dan mencari kebahagiaan dan kedamaian hati. Mudah memberi maaf dan memaafkan. Sentiasa berada dalam aura dan momentum positif, serta tidak berkeluh resah dengan masalah yang dihadapi. Semoga Allah sentiasa memberi semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan ini :)




"AJH 21 hari menjemput kedamaian & syukur di hati"
“Terima Kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku untuk komited dan mudah membuat latihan di sepanjang 21 hari di dalam program Ajari Hatiku (AJH).
Aku izinkan diriku untuk damai dan sentiasa bersyukur”
(anies 3/8/2015)
TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG KAU BERIKAN 





 Kita takkan mungkin dapat miliki semua yg kita ingini. Bukan Allah tak suka tapi Dia sedang menguji kita sebagai hamba; mampukah untuk redha, bersyukur dan menghargai? Paling penting, kehendak kita tak semestinya yg terbaik buat kita kerana ketika kita merancang bersama impian dan cita-cita, sesungguhnya Allah merancang bersama kasih sayang dan cinta-Nya. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Comments

  1. Apa2 perkara yang kita nak buat, mesti istiqamah selama 21 hari. kalau boleh sampai 21 hari, means in shaa Allah boleh berterusan sampai bila2. good luck anys! :)

    ReplyDelete
  2. tq uni sedang istiqomah belajar memberi kebahgian pada diri sendiri, wink wink hehehe ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts