Tip Mudah Mula Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria


 Sedikit perkongsian selepas mendengar modul 2 (seminar online) daripada DAO

Tip mudah mula bisnes

> Mula bisnes ketika kita masih bekerja, jangan berhenti kerja terus

> Bila agak-agak tak boleh nak handle, sebab pendapatan bisnes dah lebih dari kerja, time tu la baru kita boleh buat keputusan untuk berhenti kerja, dan fokus bisnes sepenuhnya

> Mula dengan modal yang paling-paling minima. Duit bukan halangan atau modal utama. Modal utama bermula adalah diri kita sendiri. Nak mula buat atau tidak

Ok jom dengar modul 3 pula.

 (Email DAO)

Episod kali ini, saya akan berkongsi sambungan dari halangan-halangan kejayaan yang telah saya kongsikan sebahagian darinya dalam video yang lepas.  Jika anda terlepas video yang lalu, anda masih belum terlambat untuk menontonnya sekarang.

Video kali ini juga adalah berbeza kerana ianya menampilkan perkongsian dari seorang artis terkenal. Kita selalu lihat artis ini sebagai seorang yang telah berjaya kerana beliau sering muncul di media namun ramai orang tidak tahu kisah sebenar di sebalik kejayaan Afdlin Shauki. Jika anda benar-benar menghayati video ini anda akan tahu betapa besarnya “Big Why” Afdlin Shauki sehingga menjadikan dirinya berjaya seperti sekarang. Anda pun perlu tahu apa “Big Why” anda.

Jika anda terfikir untuk melakukan perniagaan, anda akan dapat banyak manfaat dari video kali ini kerana Afdlin Shauki akan berkongsi bagaimana dia menubuhkan perniagaan Pelikat Pants. Sangat mudah. Beliau hanya melihat peluang yang ada di hadapannya dan terus merebut peluang tersebut.

Saya harap anda terus terinspirasi dengan video kali ini. Untuk video seterusnya, ada satu lagi perkongsian secara langsung dari salah seorang anak murid saya yang telah berjaya. Syukur, Alhamdulillah. InsyaAllah, kita akan jumpa lagi dalam video seterusnya.

Salam kebahagiaan,

Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No 1 Asia

Comments

Popular Posts