Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google 


Bismillah. Assalamualaikum

Ramadhan datang lagi. Tahun ketiga menyambut Ramadhan bersama ABDR. ^_^

Insya Allah esok kita bakal meraikan bulan penuh keberkatan, bulan kita menambah pahala berganda-ganda.

Dikesempatan ini, saya memohon ampun maaf jika ada sebarang kesilapan, tutur bahasa dan penulisan yang menyinggung perasaan pembaca blog saya. Alhamdulillah dan terima kasih kerana kalian sudi singgah dan jenguk ke laman perkongsian yang tidak seberapa ini. :)


Kami di ABDR, boleh jalan terus tanpa berhenti. Inilah masa dan peluang kita gempur lebih gigih. Produk dan servis kami semuanya atas talian sahaja. Bila nak raya, ramai tutup kedai kita masih boleh buka kedai. Bila nak raya ramai usahawan yang mencari peluang untuk timba ilmu secara online.

Jadi bagi kalian yang baru hendak bermula, baru nak belajar berbisnes online, inilah peluang untuk sertai kami di akademi bekerja di rumah. Belajar menjana pendapatan atas talian. Saya doakan semoga kalian yang sudah bermula, jadikan peluang ini sebagai langkah permulaan untuk terus mengorak langkah ke hadapan dalam dunia bisnes online. Jangan mudah putus asa dan mudah patah semangat. Kejayaan tidak datang sekelip mata. Kejayaan juga tidak datang untuk mereka yang usaha biasa-biasa sahaja, kejayaan datang untuk mereka yang usaha luar biasa.

Jadikan blog dan penulisan kita sebagai medan kita berkongsi ilmu, semoga lebih banyak saham akhirat sebagai bekalan kita.




Selamat berpuasa. Salam Ramadhan
Ampun maaf jika salah silap.