Monday, 25 May 2015

Mohon Doakan Sahabat Saya

Teks : Anys Idayu Zakaria
Gambar : Anys Idayu Zakaria (simpanan peribadi)

Ketika kita melihat orang lain gembira, ada lagi insan yang berduka
Ketika kita merasai sedih, ada lagi insan yang lebih sedih melalui hidup ini
ketika kita berasa kita hebat diuji Allah, ada lagi insan yang lebih hebat ujian untuk mereka


Perkenalan kami bermula ketika aku mula-mula mendaftar ke Politeknik Port Dickson, dialah sahabat teman sebilik. 2 tahun perkenalan kami. Antara kami sekuliah dialah yang paling sempoi, dialah yang paling lawak. Kemudian kami terpisah setelah menamatkan pengajian. Beliau dan rakan-rakan lain ke Putrajaya, aku masih di sini. 





Dialah sahabat aku, Naraswati.
Namun dari jauh aku masih mengikuti perkembangan rakan lain. Bila mendapatkan tahu beliau menghidap kanser, sungguh hati tak terkata sedihnya. Mengalir deras airmata. Ya Allah Kau beri ketabahan kepada sahabatku untuk melalui ujian ini.

Menurut rakan lain, sekarang keadaan Naraswati semakin tidak stabil. Namun dia kuat semangat. Syukur Allah swt kurniakan beliau seorang suami yang sangat penyayang dan baik. Menjaga beliau dikala sakit. Semoga Allah swt beri kekuatan kepada beliau, suami dan keluarganya menempuh ujian ini.

Tiada kata, hanya doa mengiringi semoga Allah swt beri kekuatan yang luar biasa untuk sahabatku melawan penyakitnya. Semoga Allah permudahkan beliau sekeluarga. 

Kalian yang sudi singgah baca disini, mohon kalian sedekahkan al fatihah dan doa untuk sahabat saya, Naraswati Arshad. Semoga diberi kekuatan yang luar biasa, semoga Allah sembuhkan sakit beliau.

Terima kasih tak terhingga atas doa kalian. 

Sungguh sayu hati, aku berharap, semoga dalam masa terdekat ini aku dapat menziarahi beliau yang kini sedang dirawat di IKN.