Thursday, 7 May 2015

Mini Projek

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan.

Aduhai lama rasanya tak menulis di sini. Atas alasan kesibukan kononya. Sebenarnya rasa terhambat dengan masa yang rasa semakin cepat berjalan.

Ya Allah ampunkan kami, Ya Allah. Masih kurang lagi amal kami. :(

Minggu yang sangat padat juga dengan beberapa tugasan sebenarnya. Esok saya dan rakan sekumpulan akan membuat projek latihan untuk subjek Reka Bentuk Latihan. Kami telah memilih kursus refleksologi sebagai latihan yang perlu dijalankan. Macam mini projek buat kursus dalam kumpulan peserta yang kecil.

Rasa nervous pun ada. Doakan semoga latihan yang kami jalankan berjalan lancar.