21 Formula Hidup Luar Biasa


Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan, kata Tuan Haji, dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung, "saya punya lima orang anak, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup korum beraya..."

Saya maklum anak kedua keluarga ini, Ikram sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan Haji. Ikram merajuk apabila teruk dimarahi ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think I should do Ustaz? What does our religion say about this matter?

"Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ini ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah.  Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah dan penenang hati....."
Tuan Haji mengangguk bersetuju.  Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen.  Beliau yang biayai semua yurannya.

Akhirnya, jawapan dari Tuhan tiba. Pagi hari raya ketiga tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji,  menelefon saya, "ustaz, wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam.  Saya ingin sekali Ustaz berkenalan dengannya..."

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah tujuh tahun menghilang.  Petangnya ketika bersembang dengan Tuan Haji, saya dapat rasakan puzzle kebahagiaan yang telah lama menghilang kembali menjelma.

Kata Tuan Haji, "Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi ini...."


Anda akan terinspirasi dengan berbagai kisah dari 21 formula hidup luarbiasa yang akan membantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda

- Mengapa saya mencuba berkali-kali tetapi masih tidak berjaya
- Setelah mengecapi kejayaan, mengapa seolahnya tersekat ketika hendak mencapai kejayaan lebih besar
- Mengapa hati sering rungsing, kurang bahagia walaupun segalanya sudah dicapai. Seolahnya ada 'something missing somewhere.

Kesemua formula ini merupakan "rahsia dalam rahsia" yang dikumpulkan hasil pengamatan dari prinsip dan cara hidup manusia luarbiasa. Merek Yang cemerlang, kaya, bahagia, diberkati dan diredhai Ilahi. Yakinlah, ia berkesan untuk mengubah anda menjadi manusia berbeza dari sebelum ini.

Menjadi manusia luarbiasa.

Baca lebih lanjut intipati kisah perkongsian dari 21 formula hidup luar biasa.

Kisah luar biasa, bagaimana salah satu formula buku ini menunjukkan keajaibannya. Anda akan terinspirasi dengan pelbagai kisah dari 21 formula hidup luar biasa yang akan membantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda.

Dapatkan buku 21 formula hidup luar biasa. Sangat terinspirasi apabila membacanya.




Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Ilmu tidak percuma apatah ilmu yang diraih dari kepayahan jatuh bangun dan kesusahan bertahun-tahun sehingga ia terbukti ianya berkesan berulang-ulang kali. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.
Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.
Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten. (dr azizan osman)

Buku yang sangat memberi inspirasi.
Dapatkan segera buku ini 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA dan percuma poster formula 21formula hidup luar biasa
Hanya RM45 (semenanjung / sabah sarawak) harga sudah termasuk kos penghantaran
Untuk pembelian boleh terus isi borang tempahan di sini 

Comments

Popular Posts