Tips Motivasi Untuk Suri
Tips motivasi untuk suri rumah
Masayu Ahmad
Masayu Ahmad
• Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh.
• Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya
ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi
hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)
• Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan
setiap hari.
• Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.
• Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.
• Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian
serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.
• Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan
kembali semula dengan rutin sibuk.
• Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.
• Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama
hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.
• Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang
mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah,
Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan
limpahan kasih sayang Allah.
baca naskah ebook super wahm super mom
Promosi April sedang berlangsung. Rugi sangat kalau tak dapatkan pakej ebook ini,
hanya RM50 untuk 3 ebook
Harga sebenar RM 80
Untuk tempahan, boleh terus isi borang tempahan di sini
Atau hubungi saya untuk pembelian
(sms / wsapp / telegram : 017-7912993 anies)
Comments
Post a Comment