Hidup mesti ada IMPIAN

(petikan perkongsian daripada group whatsapp)

Hidup mesti mempunyai IMPIAN

Ramai yang mengatakan mereka mempunyai impian, tetapi tidak disusuli dengan tindakan.  Itu bukanlah impian tetapi sebenarnya angan-angan.

Dengan impian, kita akan buat yang terbaik di dalam hidup dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

Soalannya, kita hidup untuk apa?  apakah sekadar dilahirkan, belajar, berkahwin, bekerja dan seterusnya meninggalkan dunia ini.  Allah tidak jadikan kita sia-sia. Bukan setakat untuk kita hidup sekadar itu sahaja.

Allah mahukan kita menjadi manusia yang terbaik, yang boleh memberi manfaat kepada agama, ibu bapa, ahli keluarga, masyarakat dan negara.

Dengan impian, datanglah rasa NAK jadikan ia kenyataan.  Kita akan mencari jalan dan bertindak dengan kesungguhan luar biasa.

impian hendaklah impian yang betul-betul jelas dan luar biasa.  2 impian yang ingin dicapai iaitu kebebasan masa dan kebebasan kewangan. 

Kebebasan masa memberikan lebih ruang untuk kita bersama keluarga, anak-anak, menuntut ilmu dan melakukan pelbagai perkara yang kita suka.

kebebasan kewangan memberikan kita lebih peluang untuk membantu ahli keluarga, jiran dan mereka yang lebih memerlukan

Pada masa nabi dahulu, tiada istilah makan gaji. Ramai yang berniaga. Nabi Muhammad saw. dan sahabat baginda juga berniaga dan kaya raya.  Tetapi jiwa mereka tetap tunduk kepada Allah swt.

Sesibuk manapun kita mengejar dunia, jangan tinggalkan solat 5 waktu, sebab itulah ramai yang kebocoran wang.  Rezeki banyak yang masuk, tetapi banyak juga yang keluar. Harta yang banyak dirasakan tidak cukup dan tiada ketenangan dalam diri 

Hidup mesti mempunyai IMPIAN, yang mesti disusuli dengan TINDAKAN
Impian tanpa tindakan hanya angan-angan. Semua orang boleh berangan-angan, tapi tak semua orang berani untuk BERTINDAK untuk merealisasikan impian dan angan-angan.

Impian perlukan WHY / KENAPA yang sangat kuat. WHY yang kuat akan menjadikan tindakan yang luar biasa.

Semakin besar dan kuat WHY, maka tindakan akan menjadi luar biasa dan sanggup buat apa sahaja untuk mencapainya.

Semoga impian yang kita angankan disusuli DENGAN TINDAKAN YANG LUAR BIASA HEBAT

Selamat merealisasikan impian

Anys Idayu Zakaria
www.anysidayu.blogspot.com
‪#‎coachkelasonlineblogabdr‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬

Comments

Popular Posts