Bina Penjenamaan Dengan Menggunakan Nama Sendiri
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. 
Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap
 daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan 
Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa 
memberi motivasi dan bimbingan.
Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk 
bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang 
dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya 
Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf 
setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya 
kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.
Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan 
banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, 
saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan
 sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih
 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. 
Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. 
Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.
Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar
 sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang 
sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk 
mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan 
Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons 
kurang dari 24 jam.
Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan.
 Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk 
menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis 
catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu 
sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea 
dan rangka penulisan di blog. 
Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas 
ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar 
sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa
 memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat 
ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang 
berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke 
blog.
Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan 
guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar.
 Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham
 pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa
 kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis
 sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) 
InsyaAllah
sumber : http://noramalinarohaizad.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-blog.html
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.
Untuk pendaftaran boleh hubungi saya sms/email/wsapp/ telegram
anysidayuzakaria@gmail.com
017-7912993 (anies)
Guru online ABDR
sumber : http://noramalinarohaizad.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-blog.html
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.
Untuk pendaftaran boleh hubungi saya sms/email/wsapp/ telegram
anysidayuzakaria@gmail.com
017-7912993 (anies)
Guru online ABDR
Comments
Post a Comment