Belajar Buat Kedai Online Sendiri di Akademi Bekerja Di Rumah

Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage 
Pelajar : Nor Mahsuri Nordin
Kelas Blog Mula Bisnes ABDR 
Sumber :  http://normahsurinordin.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Sebelum mengenali Akademi Bekerja Di Rumah, saya pernah memiliki beberapa buah blog. Pada ketika itu, saya hanya menggunakannya untuk diri sendiri sahaja dan tidak publish setiap entri yang saya buat kepada umum. Mulanya saya mengenali blog melalui rakan sekerja yang memiliki blog yang menarik dan blognya turut dibaca oleh umum. Saya merasa teringin untuk memiliki blog sendiri. Disebabkan saya tidak pakar dalam dunia blogging, maka saya hanya update entri sahaja, tanpa memasukkan apa-apa gajet ke dalam blog tersebut. Akhirnya blog-blog tersebut terbiar begitu sahaja kerana saya tidak mempunyai masa untuk update, dan akhirnya terus dilupakan. Jika saya merasa ingin membina blog, saya akan mencipta yang baru pula. 
Saya teringin memiliki kedai online sendiri apabila melihat telah ramai orang yang memulakan perniagaan secara online. Pada suatu hari saya terbaca artikel Pn. Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita dan saya terus berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Saya terus menghubungi Pn. Masayu Ahmad untuk menyatakan hasrat saya. Permintaan saya disambut dengan baik oleh Pn. Masayu Ahmad dan saya telah mendaftar untuk menjadi pelajar di Akademi berkenaan. Seterusnya saya diperkenalkan oleh beliau kepada seorang guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria yang membimbing saya untuk membina blog sehingga kini.
Sebelum saya memiliki blog perniagaan sendiri, terlebih dahulu saya diajar perkara asas yang perlu dibuat di dalam blog seperti memasukkan pages, memasukkan blog rakan-rakan akademi untuk memudahkan laluan trafik, memasukkan gajet-gajet tambahan seperti borang pesanan, facebook fanpage dan sebagainya. Semuanya di atas bimbingan Pn. Anys Idayu Zakaria yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan saya sekiranya saya sedikit lalai dalam menyiapkan tugasan. Memang saya akui saya tertinggal jauh jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana kelas diadakan dengan cara yang fleksibel, dan guru online juga boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja jika terdapat kemusykilan. Sedaya upaya saya cuba menyiapkan tugasan jika berkesempatan. Saya merasa bersyukur akhirnya dapat juga menghabiskan tugasan memasukkan sebanyak 44 entri sebagai tugas utama. Terima kasih diucapkan kepada guru online saya iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria.

Comments

  1. SESUAI UNTUK PINJAMAN KRISMAS
    Hello semua orang, Nama saya Cik Clancy sini Dexter memecahkan TUKAR HIDUP SAYA UNTUK KELUARGA CARA MEMPUNYAI KREDIT A pinjaman yang berpatutan yang akan mengubah hidup anda selama-lamanya Tawaran Testimoni Krismas datang. Saya tinggal di Florida dan saya wanita gembira di Amerika Syarikat hari ini? Saya Broke kehidupan keluarga saya dan sebarang pinjaman yang berubah, saya akan merujuk kepada mana-mana orang yang mencari pinjaman dengan mereka memberitahu diri saya. Mereka perlu bermula hidup saya saya dan memberikan kebahagiaan kepada keluarga saya i $ 250,000.00 membantu saya dengan ini takut membuat pinjaman syarikat jujur dan Allah US dengan kredit sebagai janda dengan tiga kanak-kanak mengatakan dalam talian $ 250,000.00 adalah memerlukan satu dolar pinjaman, mereka benar-benar Tuhan kredit bereputasi Bekerja dengan sebuah syarikat, orang takut. Jika anda memerlukan kredit dan sila hubungi mereka secara langsung dan Clency Wanita mengatakan bahawa anda merujuk kepada mereka sila tidak 100% pasti untuk membayar balik pinjaman. Hubungi melalui E-mel: theresawalkerloanfirm@gmail.com
    SESUAI UNTUK PINJAMAN KRISMAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts