Pengalaman Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum...

Bagi memenuhi permintaan mentor saya Puan Masayu Ahmad, hari ini saya ingin berkongsi tentang Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR. Saya adalah pelajar dari Kelas Fatimah, Tutorial Blog & Penulisan Asas.

Saya sebenarnya telah lama mengenali ABDR. Semenjak memulakan perniagaan atas talian pada pertengahan tahun 2013 lagi. Ketika itu saya sedang mencari tempat untuk mempromosi NHD BABY SHOP dan saya jumpa SOHO Directory milik ABDR. Saya bertanya kepada admin ABDR mengenai bayaran iklan yang kemudiannya membawa saya kepada perkenalan dengan dua orang Pengurus ABDR yang ada dalam senarai kawan saya di Facebook. Saya selalu lihat tulisan dan iklan mereka di newsfeed. 

Walaubagaimanapun pada ketika itu saya merasakan belum terbuka hati ingin menyertai ABDR atau beriklan di SOHO Directory. 

Lebih setahun kemudian, saya tiba-tiba sedar dan merasakan bahawa ada yang kurang, seperti ada yang tak kena, seolah-olah berniaga kerana terpaksa. Saya mampu bertahan selama lebih setahun bukanlah kerana minat yang mendalam tetapi kerana sikap dan tekad saya. 

Saya seorang yang suka melakukan terbaik dalam apa sahaja pekerjaan walau pelbagai pahit getir yang melanda. Terus berusaha mengikut arus keadaan dan menimba pengalaman berharga. Itulah perangai saya yang memungkinkan saya melakukan hampir apa sahaja pekerjaan. Antara sebab saya menjadi kegemaran majikan saya ketika masih bekerja dahulu.

Dalam kegelisahan hati saya berdialog dengan Allah SWT memohon petunjuk apakah sebenarnya punca perasaan tidak enak saya. Selepas itu Allah SWT bagi saya sedar bahawa minat saya bukan pada perniagaan tetapi pada penulisan dan perkongsian.

Memandangkan saya telah ada NHD BABY SHOP, saya tidak mungkin meninggalkan kedai atas talian ini begitu sahaja sedangkan telah banyak wang, tenaga dan buah fikiran yang telah saya laburkan di situ. Jadi saya membuat keputusan untuk menulis ulasan mengenai barang kedai yang saya guna di samping membuat promosi. Dua dalam satu. Minat dapat dipenuhi, perniagaan juga berjalan.

Saya mula menulis di blog lama saya www.nhdbabyshop.blogspot, ketika itu saya mula mencari guru untuk belajar menulis. Bagi saya, saya memerlukan seorang guru. Kemudiaannya terjumpa kawan yang telah sebulan menyertai ABDR. Saya kemudiaanya mencari info tambahan sebelum membuat keputusan untuk menghubungi pengasas ABDR, kak Masayu Ahmad.

Dengan Kak Masayu, saya ceritakan apa yang terjadi dan bagaimana saya rasa terlalu ingin menulis kerana minat dari kecil tetapi ingin meneruskan perniagaan online saya yang ada, Kak Mas kemudiannya mencadangkan saya menyertai kelas penulisan bisnes. Saya belajar menulis dengan mudah sambil menjaga anak di rumah sahaja. 

Di Kelas Fatimah, Kak Masayu melakukan analisa dan memberi arahan tugasan yang amat mudah. Bina blog mengikut arahan beliau dan buat 44 entri. Jadi saya buat tanpa banyak soal. 

Mulanya ada banyak keraguan juga tetapi setelah diberi contoh kepada persoalan saya, saya faham dan terus menulis tanpa henti. Kami juga di ajar supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Di ABDR juga kami diajar bagaimana tulisan menarik kami di Facebook juga kadang-kadang boleh menjadi entri di blog. 

Selain belajar, saya juga berpeluang berkongsi dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan sekelas mengenai beberapa perkara, contohnya penggunaan #hashtag dan aplikasi blogger di telefon pintar. Seronok jadi seorang yang memberi nilai pada orang lain. Saya pula yang mengajar Kak Masayu dan kawan-kawan kan? Kelakar pula bila di ingat semula. 

Asalnya yang dipinta Kak Masayu cuma 44 entri tetapi kerana kekangan masa menulis, bekerja dan menguruskan anak tanpa sedar entri ini telah menjadi entri ke-50 saya. Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur pada yang Maha Esa. 

Saya cuba untuk menulis setiap hari, tetapi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, ada juga kadang-kadang terbabas sehari dua. Tetapi saya yakin dan percaya diri akan terus menulis selagi Allah SWT kurniakan kudrat dan idea. 

Bagi yang ingin menyertai ABDR dan bertanya saya berbaloikah menyertai? Pada saya, kenapa tidak? Di sini anda akan mengenali ramai orang, banyak ilmu yang boleh ditimba dari rakan-rakan. Malah jika tidak salah saya sekiranya anda ingin berniaga tetapi tiada produk, juga boleh menyertai rangkaian ABDR. Belajar sampai tamat dan kemudiannya menghasilkan produk e-book sendiri ataupun menjadi ejen dropship. 

Yang penting, belajar dan ikut arahan cikgu online, tanya kalau tak faham tetapi kalau tak faham juga hanya terus buat, lama-lama akan faham. Itu cara saya. Ayat yang selalu cikgu online saya guna untuk menegur saya apabila banyak sangat idea hendak dibuat "pelan-pelan kayuh". Jadi, saya juga ingin cakap benda yang sama dengan anda, pelan-pelan kayuh. Di sini tiada paksaan. 

Dengan ABDR, saya memperolehi ilmu, rakan-rakan yang baik dan rangkaian perniagaan. Cita-cita saya sekarang adalah ingin menjadi penulis yang berjaya di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah

http://www.nuruldiyanamohd.blogspot.com/2015/02/menyertai-akademi-bekerja-dari-rumah.html
 
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.
Boleh daftar mana-mana kelas online ABDR berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan melebihi 1000 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar dan pm. Kami bersedia membantu.
 
Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp / telegram : 017-7912993

Comments

Popular Posts