Pengalaman bersama ABDR
Protege : Norliza Tomiran 
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Assalammualaikum..
Alhamdulillah..itu
 yang mampu di ungkapkan. Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah 
(ABDR) melalui post seorang sahabat alam maya akhirnya menjadikan saya 
seorang yang celik ILMU BLOG. Walaupun saya pernah membuat blog sendiri,
 tetapi ia sepi kerana tiada ilmu. Berkat berguru, kini saya tahu apa 
yang saya mahukan dalam blog saya. Terima kasih cikgu Anys Idayu 
Zakaria.
Sewaktu 
menyertai ABDR saya di berikan ebook bonus yang wajib khatam. Kenapa 
wajib khatam ebook bonus??. Itu adalah ilmu wajib tahu sebelum memulakan
 blog dalam ABDR. Mempunyai kelainan bukan??.  Ini bermaksud ABDR 
mahukan para blogger ABDR mempunyai ilmu dahulu sebelum memulakan 
langkah. Walaupun hanya langkah pertama. Langkah pertama yang baik, In 
sha Allah akan menjadikan perjalanan yang baik jua.
Kemudian 
10 soalan tentang diri. Semasa menjawab soalan yang di beri, saya 
terfikir, untuk apakah tujuan soalan ini??. Oh..rupa-rupanya soalan 
inilah yang membantu saya dalam hala tuju blog saya. Termasuk juga 
memilih tajuk blog saya. Kemudian saya di wajibkan menyiapkan 44 entri 
di samping mengemaskini penampilan blog. Ini termasuk cara membuat 
borang tempahan. Yang pasti untuk menyiapkan 44 entri adalah terpulang 
kepada diri sendiri. Malah ada yang dapat menyiapkan entri selama 1 
bulan sahaja. Ini kerana 10 soalan yang di beri amat-amat membantu.
Kenapa 44
 entri??. Ini tujuan memudahkan blog saya di cari di carian "Google". 
Malah lebih kerap saya mengemaskini entri, maka lagi memudahkan. 44 
entri hanya pemulaan untuk memahirkan dalam menulis entri saya. Malah 
saya bersyukur dengan ABDR. Ini kerana dengan adanya jaringan 
perhubungan dengan rakan-rakan ABDR, ia amat-amat membantu blog saya 
yang baru bertapak. Yang paling tidak saya sangka, angka pengunjung blog
 akan meningkat dengan cepat jika ada entri terbaru. Ini membuatkan saya
 bertambah semangat untuk menulis entri.
Semasa 
mengemaskini blog mengikut arahan yang di beri, sememangnya ada soalan. 
Alhamdulillah, guru ABDR tidak pernah jemu menjawab soalan-soalan saya 
terutama cara menyiapkan borang tempahan. Borang tempahan adalah wajib 
untuk peniaga online. Ia juga secara terus dapat saya melihat rekod 
jualan saya melaui email saya. 
Adalah 
satu bonus untuk saya bila memasuki ABDR sebagai pengurus online. Di 
sini saya belajar saya menjawab soalan-soalan bakal pembeli dan bakal 
rakan ABDR. Malah saya belajar menjalankan "bisnes dropship" tanpa 
modal. Malah cikgu Anys juga tidak jemu-jemu menjawab soalan saya 
mengenai "bisnes dropship". Bidang bisnes yang baru dalam diri saya 
tentunya banyak soalan.
Di ABDR saya belajar etika blog iaitu Plagiat (meniru atau mencuri atau yang semaksud dengannya.). Di ABDR juga menjadikan saya jatuh cinta dengan "ebook". Baru saya tahu bertapa mudahnya membaca "ebook". ABDR juga sentiasa menghasilkan "ebook-ebook" yang terbaru. "Ebook" yang berguna sebagai panduan serta rujukkan untuk para wanita tidak kira yang berkerjaya atau yang mahu memulakan kerjaya serta menjaga kesihatan.
Ilmu dan pengalaman saya bersama ABDR tidak dapat di nilai dengan RM200 yang saya bayar. Sungguh berbaloi. Tiada apa yang merugikan bila menyertai ABDR. Walaupun masih bekerjaya tetapi masih mampu menjana pendapatan sampingan. ABDR juga menganjurkan kelas-kelas untuk membantu para usahawan. Saya juga ada menyenaraikan kelas-kelas tersebut dalam "wishlist" saya. In sha Allah, semoga ianya tercapai.
Walaupun terdapat cabaran seperti ketiadaan "line" internet selama sebulan kerana kable TM telah di curi, akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan yang di beri. Terima kasih cikgu dan rakan-rakan ABDR yang banyak membantu. Baik dari segi perkongsian idea dan kata-kata semangat. Terlalu banyak nilai-nilai positif yang saya perolehi.
Terima Kasih ABDR.

Comments
Post a Comment