Hikmah Diuji
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google
Foto : Carian google
Alhamdulillah, alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah kurniakan selama ini. Sedangkan diri ini banyak lagi yang perlu diperbaiki. Seminggu sudah aku diuji lagi dengan ujian yang berat, bagi aku untuk menempuhnya. Rasa lemah juga semangat. Tapi aku perlu kuatkan diri menempuhnya. Aku ingatkan diri, bukan sekali ini ujian seperti ini datang. Malah sudah berkali-kali. Sepatutnya aku sudah lali dan kuat semangat untuk mengatasinya.
Aku patut bersyukur kerana ujian yang aku lalui hanya aku seorang sahaja terpaksa tempuhi. Hanya tempias sahaja pada anak-anak. Di satu sudut, ketika aku masih keliru, Allah tunjuk hikmah lain. Melalui perkhabaran rakan-rakan dan melihat perkembangan mereka di facebook ada juga rakan-rakan aku yang diuji dengan ujian lebih berat. Anak-anak yang sakit, kesihatan diri mereka sendiri yang tidak sihat dan ujian-ujian lain yang lebih berat, berbanding aku sendiri. Hanyalah ujian ringan sahaja.
Ya Allah, tiba-tiba perasaan aku tersentap. Kenapa perlu aku terus meratap. Aku mesti kuatkan semangat hadapinya. Orang lain diuji lebih hebat, dengan keadaan kesihatan anak-anak dan diri mereka yang sentiasa berulang-alik ke hospital dan berubat, berbanding aku yang hanya berperang dengan emosi dan keadaan. Aku masih lagi boleh melihat anak-anak ketawa riang, masih boleh bermain dengan mereka, masih boleh menjalankan kerja-kerja harian seperti biasa.
Ya aku mesti kuat semangat. Hanya doa, kekuatan dan kesabaran untuk terus menempuhnya. Semoga aku berjaya laluinya dengan lebih kental lagi. Insya Allah.
Comments
Post a Comment