ABDR dan blog
Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html
Saya mulakan dengan Bismillah.
Assalamualaikum.
Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog saya sendiri tapi
 tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu 
sekadar untuk suka-suka dan hanya di buat sebagai diari kehidupan saya 
ketika saya remaja dahulu untuk mengisi masa terluang. Saya tertarik 
dengan blog yang banyak gadget dan blink-blink. Tapi itu dahulu, ketika 
saya remaja. Selain itu, saya tidak la begitu baik dari segi penulisan. 
Nama yang saya gunakan juga tidak melambangkan diri saya yang sebenar. 
Semuanya adalah samaran. 
Saya juga mempunyai 
masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada
 orang lain kecuali bersama keluarga dan rakan yang paling baik, inikan 
pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet 
untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca 
kisah hidup kita.
Saya sudah berhenti kerja
 pada tahun 2014 kerana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat 
dielakkan. Sepanjang permulaan saya yang menjadi suri rumah sepenuh 
masa, saya selalu terfikir bagaimana saya hendak membantu suami saya 
dari segi kewangan dan juga untuk duit poket sendiri. Dengan modal yang 
saya keluarkan hasil dari pekerjaan saya yang tedahulu saya berniaga 
secara kecil-kecilan. Tapi semua itu saya merasakan seperti bersifat 
sementara, kerana saya perlu mempunyai modal dan produk yang banyak 
untuk di jual kepada pelanggan.
Pada Januari 2015, ketika
 itu saya sedang membaca satu penulisan di facebook, saya tertarik 
dengan kelas asas dan fanpage. Saya terus mencari facebook puan zaila 
Mohamad, dan dari situlah bermulalah perjalanan hidup saya sebagai 
penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada 
hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu 
dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat
 flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Puan Zaila juga 
merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua 
soalan dengan penuh komitmen dan jelas. 
Lebih-lebih lagi saya 
sangat berminat dengan perniagaan. Tapi saya mempunyai sifat pendiam dan
 pemalu untuk memperkenalkan barangan dan produk yang saya ada. Sebelum 
ini, hanya jual kepada rakan-rakan sekerja & saudara mara. Tapi 
semua itu, belum mendapat kepuasan yang sebenar sebagai seorang yang 
ingin memulakan perniagaan, kerana berniaga dengan saudara mara dan 
rakan-rakan perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana kita 
kena letak harga yang masyarakat melayu selalu gunakan iaitu 'harga anak
 beranak'. 
Pada permulaan kelas 
memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada Puan Zaila. 
Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah
 utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk 
entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. 
E-mail, fanpage dan nama blog yang saya gunakan tidak menunjukkan diri 
saya yang sebenar. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh Puan 
Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara 
untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga 
diajar dari mula sehingga lah akhir tugasan. Kini saya tahu bahawa blog 
yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog
 kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang 
penting. Puan zaila sangat banyak membantu saya dalam penulisan blog dan
 juga fanpage saya.
Setelah mendaftar dalam 
kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja 
Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR 
dengan blog. Setelah membaca kisah-kisah ahli ABDR, baru saya faham 
bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah 
yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan 
mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan 
pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu 
caranya adalah melalui penulisan blog. 
Di Akademi Bekerja Dari 
Rumah, setiap ahli dan Puan zaila sendiri sentiasa memberi sokongan 
antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah 
akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui 
perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan 
membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin 
mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja sambil masih sempat 
untuk menguruskan rumah tangga.
Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan 
medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling 
penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan 
dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak
 mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes pakaian 
saya pada setiap pelanggan yang ada. Dengan cara menulis blog ini, para 
pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan
 terperinci. Yang paling penting kita perlu lah sentiasa mempunyai masa 
untuk update penulisan blog kita dan dari situ kita sentiasa dapat 
berhubung dengan masyarakat di luar sana.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara 
serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai 
kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar 
kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan 
untuk menghubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: zaila.mohamad).
Semoga semuanya dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.
 Bagi kalian yang mahu menyertai keluarga besar ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com
1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com
Comments
Post a Comment