Selamat Hari Lahir Anys :)

Teks : Anys Idayu Zakaria

Hidup untuk memberi. Beri dan terus memberi, sampai masa Insya Allah ia datang kembali kepada kita dalam bentuk berganda-ganda.

Usah toleh ke belakang walau kita sedang terluka dan kecewa. Ubat kekecewaan untuk memperoleh sesuatu kejayaan yang sangat berharga.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Syukur atas nikmat kehidupan sehingga ke hari ini masih diberi peluang untuk terus mengorak langkah memberi sesuatu yang bermakna kepada keluarga dan orang lain.
 
 Ya Allah, semoga Kau berikan aku peluang untuk terus berubah dan mengubah. Banyak lagi azam dan angan-angan yang belum tercapai. Semoga tahun ini memberi lebih sinar kegemilangan. 

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat handai, atas ucapan dan ingatan sempena hari kelahiran saya pada hari ini. Terima kasih atas persahabatan yang indah ini. Walaupun tidak pernah bersua, hanya secara atas talian sahaja, saya banyak belajar daripada kalian.

Terima kasih kepada team akademi bekerja di rumah. Sungguh bermakna ilmu-ilmu yang dipelajari. Syukur sangat kerana saya diberi peluang untuk berada dalam kumpulan hebat ini. Masih banyak ilmu yang saya perlu pelajari dan gali.

Insya Allah hari ini, bakal menuntut ilmu dengan seorang lagi coach facebook. Nanti saya kongsikan ya. hehehe. Tak sabar juga ini. Kelas akan berlangsung sekejap je lagi. Nasib baik online juga. 
 
Semoga kejayaan dan kebahagian mengiringi langkah ini.

Saya  belanja gambar kek satu dari Kak Zura, Team Guru Online ABDR :)


Anys Idayu Zakaria
Travelog suri bekerjaya
www.anysidayu.blogspot.com
Mula Bisnes Dropship
Guru Online AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Comments

Popular Posts